Monday, September 26, 2011

APA ERTINYA KEHIDUPAN KITA?

Pagi ini, aku nak bermadah sikit semoga menjadi ikhtibar bagi diri aku dan semua, insyallah.

Ada sesetengah orang yang terlalu sombong sehingga merasakan dirinya bisa menongkat langit. Ada juga sesetengah orang yang terlalu kikir sehingga merasakan dirinya bisa membeli dunia. Ada pula sesetengah orang yang terlalu jahil sehingga terlalu mengikut tuntutan dunia sehingga tak bisa mengenal yang mana dosa atau yang mana pahala.

Minggu ini saja, aku sudah terima berita-berita yang menyedihkan. Bekas kawan sepejabat aku dahulu yang baru berumur 45 tahun telah meninggal dunia setelah 3 tahun terlantar diserang stroke, jiran setempat aku pula kesedihan diberitakan tentang isterinya yang baru berumur 50 tahun disahkan menghidapi kanser tahap-4 manakala sahabatku pula baru kehilangan ayahnya yang aku kira berusia 60 tahun. Mungkin ini semua kebetulan berlaku tapi bisa menbuatkan aku untuk berfikir sejenak. 

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di Dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” – Surah al-Baqarah, ayat 185.

Apa sebenarnya matlamat aku hidup di muka bumi ciptaan Allah SWT? Sibuk untuk mencari wang? Sibuk mengejar jawatan tinggi? Sibuk mencari kereta besar? Sibuk mencantikkan rumah? Sibuk dengan hal-hal isteri dan anak-anak? Sibuk bergaul dengan teman-teman? Sibuk betul aku selama ini . Tapi bukankah al-Quran ada menukilkan firman Allah SWT "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali org-org yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya" - Surah At-Tin 95, ayat 4-6. Dan al-Quran juga menerangkan, "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku,"- Surah Az-Zariyat 51, ayat 56."Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahwa Alalh yang menciptakan langit dan bumi adalah Mahakuasa (pula) menciptakan yang serupa dengan mereka, dan Dia telah menetapkan waktu tertentu (mati atau dibangkitkan) bagi mereka, yang tidak diragukan lagi?Maka orang zalim itu tidak menolaknya kecuali dengan kekafiran" - Surah Al-Isra 17, ayat 99.

Bodoh betul aku kerana menyangkakan bahawa kehidupan aku di muka bumi ini semata-mata mencari kenikmatan duniawi. Tak perlu aku memikirkan akan halal dan haram dan sebagainya. Alangkah jahilnya aku selama ini. APA ERTINYA KEHIDUPAN KITA? Kemana akhirnya kehidupan aku nanti? Jika aku tidak terus berfikir akan kejadian aku dan melihat akan ciptaan Allah SWT, pastilah aku termasuk ke dalam golongan org-org yang rugi.

Sebesar jabal Uhud kah pahala aku selama ni? Seluas padang Arafah kah kebajikan yang aku lakukan selama hidup ni? Setinggi langit kah budi pekerti aku sepanjang hidup? Sememangnya aku ini hanyalah hamba-Nya yang kerdil. Sentiasa melalukan salah dan silap, namun aku sentiasa mengharapkan hidayah dan keampunan Illahi.

Buat kawan-kawan yang lain, cuba-cubalah duduk sebentar memikirkan akan kehidupan kita di dunia ini. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan keredhaan-Nya kepada kita semua, insyaallah.

Monday, September 12, 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yang Semakin Terpesong

Tanggal 30/08/2011 merupakan tarikh bermulanya sambutan Hari Raya Aidilfitri (1 syawal 1432 Hijrah) di Malaysia. Malahan negara-negara jiran yang lain turut meraikan sambutan ini. Setelah sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, seharusnya mengajar/tarbiah untuk kembali ke asal fitrah kejadian kita sebagai hamba Allah SWT.

Tapi apa yang menyedihkan aku, apabila perayaan Aidilfitri ini disambut dengan unsur-unsur bidaah dan maksiat. Hari pertama aku pulang meraikan Aidilfitri, aku berkesempatan menziarahi kubur arwah ayahanda yang tercinta. Sebagai anak yang pulang ke perantauan tidak salah untuk aku menziarahi perkuburannya untuk membersihkan kawasan serta sedekahkan al-Fatihah untuknya. Sebagaimana hadis Rasullullah SAW agar kita menziarahi kubur sebagai mengingati akan kematian yang kelak kita semua tempuhi. Tapi yang mendukacitakan aku sangat pada pagi syawal itu bila melihat :-
(i) khemah/gerai bergerak yang di letakkan di hadapan kawasan perkuburan menjual makanan, minuman dan yang paling bodoh sekali menjual air mawar. Siap ada kain rentang "Mari kita mewangikan kubur". Astagfirullahhalazim, bila pula Islam mengajar kita untuk mewangikan tanah kubur ni? Sikap segelintir peniaga yang ingin mencari keuntungan macam ni dah kira mangarut dan melampau.
(ii) berlakunya percampuran antara lelaki dengan wanita. Mat-mat motor dengan minah-minahnya berhimpun dengan deretan motosikal masing-masing. Yang berkereta pun sama juga. Yang teruna dah macam artis manakala yang dara nya berpakaian, masyaalah menjolok mata. Berbaju kurung dengan belahan sehingga ke paha & alur buah dada sambil selendang menutup separuh rambut jer. Inikah yang nabi suruh kita buat sewaktu menziarahi tanah perkuburan? Aku rasalah kalau kaum keluarga mereka yang telah meninggal dunia boleh berkata-kata, pasti dah kena hambur sumpah seranah diaorang ni semua. Allah, apa nak jadi dengan masyarakat kita ni?
(iii) beramai-ramai membaca al-Quran di sisi kubur dengan suara yang kuat. EH! ada ke amalan seperti ini yang di ajar oleh junjungan besar kita? Bila masa pula kita diminta untuk beramai-ramai membaca surah yassin macam kumpulan nasyid lak?Semakin lama semakin jahil masyarakat kita ni.
(iv) beborak-borak/berbual-bual kosong di tanah perkuburan. Ini satu lagi perangai yang kira biadap. Dahlah berpakaian tidak menutup aurat siap boleh berborak lak kat tanah perkuburan. Yang lalu lalang lak siap boleh join sekali (ahli keluarga yang baru sampai kot). Aku sedih dan geram betul melihat perangai diaorang ni.

Benarlah kata alim ulama yang mana ramai orang Islam yang berpuasa hari ini di bulan Ramadhan (bulan tarbiayah) tetapi mereka gagal untuk kembali kepada fitrah selepas tamat amalan berpuasa. Mereka akan kembali kepada amalan maksiat dan adam resam yang banyak berunsurkan bidaah dan jahil. Bukankah ramadhan itu sepatutnya memberi hidayah dan perubahan dalam diri kita semua untuk menjadi mukmin yang beriman.Semoga Allah SWT sentiasa memberikan hidayah kepada kita agar tidak terjelumus kepada kemaksiatan.

Thursday, September 8, 2011

UMRAH KE-2 - PERJALANAN MENCARI KEREDHAAN ILLAHI

Bersama meraikan jemaah berbuka puasa di dalam Masjid Nabawi, Madinah. Syukur aku dapat bersama-sama meraikan jemaah di sana berbuka puasa dengan menikmati buah kurma, minuman susu, halia dan zam-zam. Jika ukuwah kita umat islam seperti ini, sudah pasti yahudi laknatullah dapat kita hancurkan.

Bersama isteri di hadapan masjid Quba. Gembira benar dapat menziarahi kembali masjid yang pertama didirikan atas dasar taqwa di zaman Rasullullah S.A.W.

Bersama-sama bergambar di Jabal Uhud. Lupa nak bawa sunglass tu yang silau mata. Isteri aku yang banyak posing, tak mengapa 1st time bagi dia.

Hari berangkat ke Makkah bermiqat di Masjis Bir Ali. Saat ini perasaan gembira tak dapat untuk di gambarkan. Alhamdullillah.

Saat selesai mengerjakan saie'. Sempat lagi nak bergambar dalam perjalanan pulang ke hotel.

Semakin hari semakin rindu kami untuk mengunjungi Kaabah yang penuh berkat ini. Moga-moga Allah SWT membawa kami kembali, insyaallah.

UMRAH KE-2 BERSAMA ISTERI TERCINTA (APRIL - MAY 2011)

Alhamdullillah, Allah SWT telah memberi kesempatan ke-2 untuk aku menjejakkan kaki ke tanah suci. Kali ini bersama dapat menunaikan umrah dengan isteri tercinta, Masthura. Tanggal 27/4/2011 - 11/5/2011 merupakan pengalaman sangat berharga dalam hidup kami. Alhamdullillah.


Permandangan indah Majsjid Nabawi, Madinah di waktu subuh. Perasaan tenang dan damai pasti dialami oleh mana-mana jemaah yang ke sana.


Menziarahi Nabi S.A.W di hadapan makan baginda. Semoga Allah Taalla memberikan kami peluang untuk mendapat syafaat Rasullullah S.A.W di padang masyhar kelak, amin.


Rasullullah S.A.W bersabda, "Di antara mimbarku sehingga ke makamku adalah raudah (taman-taman syurga)". Kawasan raudah yang berkarpet hijau di dalam Masjid Nabawi, Madinah.

Wednesday, September 7, 2011

PANDUAN UMRAH

Antara tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa di Masjidil Haram ialah:

1. Di Multazam iaitu suatu kawasan antara Hajar Aswad dengan pintu kaabah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah (di tempat polis berdiri).
 

Masa yang mustajab untuk berdoa ialah setelah pertengahan malam hingga azan Subuh. Di Masjidil Haram azan dikumandangkan sebanyak dua kali. Kali pertama untuk membangunkan penduduk untuk solat malam. Azan kali kedua ialah menandakan masuk waktu subuh. Maka rebutlah peluang untuk berdoa di Multazam pada saat ini. Apakah doa yang paling baik untuk dipohon di sini? Kata Tok Guru saya, pohonlah kepada Allah perlindungan daripada api neraka.

Cara berdoa: Letakkan kedua-dua tapak tangan, pipi kanan, dan dada kiri ke dinding kaabah. Kemudian berdoa.

2. Di belakang Maqam Ibrahim. Waktu mustajab ialah antara azan Subuh dengan solat Subuh. Di sini disarankan kita berdoa untuk mendapat kebahagian keluarga dan untuk kesembuhan penyakit.
 
3.  Di Belakang Telaga Zam-Zam iaitu kira-kira 7.5 meter kekiri dari 8 saf di belakang maqam Ibrahim. Sehingga pertengahan tahun 90an para jemaah boleh memasuki kawasan telaga zam-zam ini dengan menuruni tangga yang berasingan untuk lelaki dan wanita.  Sekarang ini pintu masuk ke kawasan telaga zam-zam telah ditutup untuk meluaskan lagi ruang tawaf / solat.  Namun kawasan telaga sekarang ini ditandai dengan sekeping marmar 4 segi selebar 1/2 meter dan berbingkai besi bewarna timah.
 
Masa berdoa di sini ialah pada bila-bila masa sahaja. Usahakan berdoa di sini pada waktu jemaah kurang sesak (agak lapang) iaitu di sekitar jam 10.00 pagi atau 2.00 petang.
Di sini disarankan kita berdoa agar Allah s.w.t. melimpahkan ilmu kepada kita. Agar kita mudah menerima ilmu yang bermanfaat. Adalah sangat elok jika sebelum berdoa kita minum air zam-zam dan selepas itu berdoa seperti yang dilakukan oleh Ibnu Abbas.

Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

4.  Di Hijir Ismail dan di bawah pancuran emas. Waktu mustajab berdoa ialah di antara selepas Asar dan azan Maghrib. Di sini elok berdoa untuk mendapat kemurahan rezeki di samping kita bersifat qonaah iaitu rasa cukup ke atas rezeki yang Allah kurniakan. Juga di sini sangat elok berdoa untuk mendapat zuriat.
 

5.  2 meter sebelum rukun Yamani – bertentangan dengan multazam dipanggil Mustajaru ajair. Di sini juga mustajab untuk berdoa. Di sini kita boleh berdoa pada bila-bila masa. Antara doa yang baik di sini ialah agar orang yang berhutang kepada kita membayar hutang.
 
Kaedah berdoa di sini ialah dengan meletakkan tapak tangan kanan di dinding kaabah dan berdoa.

 6. Di Rukun Yamani sebab dikatakan di sini Allah s.w.t. mewakilkan seramai 70 orang malaikat untuk mengaminkan apa yang kita doa.  Jadi arah rukun Yamani adalah antara tempat yang paling mulia di Masjidil Haram.

7.  Di hadapan pintu kaabah pada bila-bila masa.

8.  Tempat sujud Jibrail dan Nabi s.a.w. ketika Jibril mengajar Nabi solat lima waktu. Satu meter ke kanan dari pintu kaabah. Tempat ini ditandai dengan ceramik bewarna coklat pada syazarwan sebanyak 7 keping.

9. Tempat asal Hajar Aswad (melekat ke dinding kaabah)- 3 meter dari  tempat sujud Jibril, ditandai dengan marmar bewarna cream di syazarwan. Di atas marmar tersebut terdapat tulisan ayat kursi versi tulisan arab lama (tidak ada titik).

MENYAMBUT HARI LAHIR DI MAKKAH (MAY - JUNE 2010)


Ya Allah, ya Rabb....sesungguhnya tanah Haram ini menjadi saksi agar di haramkan api neraka ke atasku di akhirat mudah-mudahan. Di hadapan Masjid Nabawi, Madinah.
Mengembara sebagai seorang musafir dalam mencari keredhaan Allah SWT. Di hadapan Masjidil Haram, Makkah ketika tanggal 03/06/2010 bersamaan usiaku yang ke-34.

Menunaikan umrah bersama-sama group umrah yang sememangnya sempoi. Terima kasih Abg Kamal, Abang Khalid, Ghadafi, Abang Syed, Ust. Shahril dan lain-lainnya. Moga ditemukan lagi kita oleh Allah SWT.

Bermiqat di Masjid Aiysah/Tanaeem untuk menunaikan umrah. Rasanya ini umrah yang ke-3, kepala dah botak pun.

Bersama teman bermusafir dari Terengganu, En Gadafi di Bukit Uhud. Sesungguhnya bukit ini menjadi saksi akan keimanan para sahabat berjuang bersama Rasullullah S.A.W memerangi tentera musyrik Makkah. Semoga kita mengambil ikhtibar dari sejarah ini.

Alhamdullilah kerana di mudahkan Allah SWT utk beribadat kepadaNya.


Permandangan indah sepanjang hidupku menatap perkarangan Masjidil Haram, Makkah. Moga hati ini sentiasa di sana.