Sunday, June 3, 2012

FIKRAH SUDAH LETIH BELAYAR TANPA ARAH.

Fikrah sudah letih belayar tanpa arah.
Aku tertarik membaca sebuah tulisan di blog yang menyatakan bahawa “Fikrah sudah letih belayar tanpa arah”. Setelah habis membaca tulisan di dalam blog itu, aku teringat akan kuliah maghrib di surau tempatku yang mana si Ustaz mengatakan bahawa manusia ini fitrahnya dijadikan untuk menjadi khalifah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Sesuai kejadian manusia itu sendiri, kita dijadikan untuk suka akan kepada pekara-pekara yang baik. Kita suka kepada kecantikan, kesempurnaan, keikhlasan dan semua sifat-sifat yang indah. Lalu Allah SWT menurunkan rasul sebagai contoh dan teladan ikutan untuk kita mencapai apa yang kita sukai itu. Rasullullah SAW sebagai pembawa rahmat untuk segenap alam mengajarkan kita tentang sifat beragama. Iaitu beragama dalam Islam, suatu cara kehidupan yang lengkap dan sempurna. Islam ada dalam aspek berkeluarga, ekonomi, sosial, politik, hiburan dan segalanya yang mengikut fitrah kejadian manusia. Ini semua dirangkumkan dengan kita dituntut untuk mentaati dan mengtauhidkan Allah SWT.
Contoh Si A suka sangat membela haiwan. Kegemaran/hobinya itu membuatkan beliau sanggup menghabiskan masa dan wang untuk membeli dan menjaga haiwan kesukaannya. Tentu saja merasa puas bila melihat haiwan itu sihat dan cantik. Jika hati kita memang dijadikan untuk suka kepada perkara-perkara elok sudah pasti fitrah kita suka kepada kesempurnaan. Maka Islam ada jawapan dan caranya. Kadang-kala manusia suka menggunakan logik akal/fikiran/fikrah nya sendiri untuk mencari kebahagian. “Ada fulus bisa lulus pak”, kata mutawiff aku semasa mengerjakan umrah dulu. Kalau begitu pastinya wang/harta dapat memberi kebahagian. Hmmm....logik juga kalau kita fikirkan. Tapi mengapa orang yang kaya dan mewah hidupnya tidak tenteram? Bukankah wang/harta boleh membeli kebahagian? Tak boleh ke? Mengapa yer?
Atau ada juga yang berfikir, hidup bebas tanpa beragama lebih sesuai. “Bebas aku untuk melakukan semua benda dalam hidup aku selagi mana aku tak langgar undang-undang”, kata seorang lagi kawanku. “Kalau begitu mengapa setiap malam kau mabuk? Runsing ke? Sunyi ke hidup? Pergilah hiburkan hati dengan disko?, tanya aku. “Aku tak tau nak buat apa la” jawapannya pula. La kalau camtu, kebebasan hidup tanpa tujuan/matlamat pasti bercelaru. Ramai yang telah hancur hidup hanya kerana mencari ‘kebahagian’ melalui seks bebas, arak, dadah, wang haram dan sebagainya. Tapi akhir kehidupannya hancur dan binasa. Umpama bahtera yang belayar di lautan, kalau tanpa arah pasti kapal akan hanyut. Begitu juga dengan kehidupan manusia, jika akal/fikiran/fikrah tidak dipandu oleh pedoman dan iman pasti hancur dengan kerosakan. Lihat saja orang yang bebas beragama, bila sudah tiada ketenangan yang dirasai, akhirnya sanggup bunuh diri.
Fikrah kita menuntut akan suatu pedoman, cara hidup dan tatacara mengikut fitrah kejadian manusia. Bukannya mengikut akal fikiran logik yang dipandu oleh hawa nafsu semata-mata.
Firman Allah: “Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk rahmat kepada sekalian alam.” (Al Anbia: 107).

Rasulullah  juga pernah bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia.” (Riwayat Malik).

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung”. (Surah 5, ayat 35).
Firman Allah lagi, “Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti”.(Surah 6, ayat 32).
“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun, tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri”. (surah 10, Ayat 44).
“Alif Lam Ra. (Inilah) Kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi kemudian dijelaskan secara terperinci, (yang diturunkan) dari sisi (Allah) Yang Mahabijaksana, Mahateliti”.(surah 11, ayat 1-3)
-salam sejahtera untuk anda-