Sunday, July 15, 2012

Malu untuk meminta syurga.

Sudah lama aku tidak menukilkan apa-apa berita di dalam blog ni. Mungkin disebabkan oleh kesibukan urusan pejabat seharian dan kengkangan waktu, maka aku tiada kesempatan. Hari ini terdetik dalam benak hati aku ingin membicarakan mengenai “Malu untuk meminta syurga”.
Ha, agar luar biasa lak isu yang ingin aku bawa kali ni. Yealah bersempena datangnya bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Moga-moga perkara ini membawa kita untuk berfikir sejenak dalam mencari keredhaan Allah SWT.
Pernah suatu hari seorang ustaz yang terkenal datang ke masjid tempatku menyampaikan kuliah. Antara tazkirah yang beliau katakan adalah yang manusia ini sifatnya sangat kededut/sombong. Fullstop. Betul kita nie memang dijadikan dengan sifat yang tersebut. Dari segi material pun terserlah apatah lagi dalam beribadah. Bahasa lembutnya kira malu kononnya kot. Memang definisi malu tu banyak tapi aku tertarik nak bawa isu tentang malu kononnya. Aku akui yang kita ni memang kekadangnya malu untuk meminta kepada Allah SWT dalam menjalani kehidupan harian kita. Lebih tepatnya malu untuk meminta syurga Allah SWT. Tak percaya? Selepas solat fardu, berapa kali kita menadahkan tangan memohon akan keampunan Allah SWT? Setiap kali menaiki kenderaan, berapa kali kita memohon keselamatan & mengharapkan kasih saying Allah SWT? Setiap kali berjaya melakukan sesuatu perkerjaan, berapa kali kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT?
Dan banyak lagi perkara-perkara dalam kehidupan harian kita, cuba intai-intai berapa kali lidah kita mengucapkan doa dan hati kita luntur sebagai hamba memohon kepada-Nya. Apa saja yang kita pohonkan ‘ultimate’ pengharapan adalah satu matlamat saja iaitu mencari syurga Allah SWT. Malu kita kekadang patut bertempat tapi kalau malu untuk meminta syurga Allah SWT, apa guna kita nie? Kalau berasa malu sangat janganlah mengharapkan syurga Alllah SWT.
“Tetapi mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan kerendahan hati ketika siksaan Kami datang menimpa mereka? Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan setan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan.” Surah ke 6 Al-An’am, ayat 43.
“Adapun org-org yang beriman dan mengerjakan kebajikan, Allah akan menyempurnakan pahala bagi mereka dan menambah sebagian dari kurnia-Nya. Sedangkan org-orh yang enggan (menyembah Allah) dan menyombongkan diri,  maka Alalh mengazab mereka dengan azab yang pedih. Dan mereka tidak akan mendapatkan pelindingan dan penolong selain Allah”, Surah ke 5 Al Ma’idah, ayat 173.
Tak yah la kita nak sombong atau malu sangat mengharapkan kurniaan dari sang pencipta yang bersifat Ar Rahman dan Ar Rahim. Amatlah rugi kalau kita tak mendapat kurniaan Allah SWT apatah lagi kalau tidak mendapat syurga-Nya. 
“Dan pada hari kiamat engkau akan melihat org-org yang berbuat dusta terhadap Allah, wajahnya menghitam. Bukankah neraka jahanam itu tempat tinggal bagi org yang menyombongkan diri?”, Surah ke 39 Az Zumar, ayat 60.
Moga-moga kita semua tidak berasa malu memohon rahmat dan akhir perjalanan kita untuk mendapat syurga Allah SWT. Biar kita malu kepada diri sendiri apabila gagal melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya daripada malu tidak mendapat kurniaan rahmat dari Alalh SWT. Dulu aku pun kira kategori yang agak pemalu gak. Malu nak memohon keampunan Alalh Taalla. Malu nak memohon kurniaan-Nya. Malu nak menyatakan yang aku ni hamba Allah SWT. Alhamdullillah, akhirnya aku sedar yang aku ni serba kekurangan dan kelemahan. Jangan kita rugi di dunia nanti rugi juga di akhirat.  Gunakanlah masa yang ada dalam kehidupan yang tak seberapa nie dengan menjadi hamba-Nya yang sebenar. Perbanyakanlah  menadah tangan memohon kepada-Nya kerana perbuatan itu melambangkan sifat kita sebagai hamba yang lemah dan tiada kuasa melakukan apa2 selain daripada izin-Nya. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan segala yang lemah itu adalah dari diri saya sendiri. Hanya sekadar coretan saja. Selamat menyambut bulan yang penuh rahmat, Ramadhan yang penuh kerberkatan.

Sunday, June 3, 2012

FIKRAH SUDAH LETIH BELAYAR TANPA ARAH.

Fikrah sudah letih belayar tanpa arah.
Aku tertarik membaca sebuah tulisan di blog yang menyatakan bahawa “Fikrah sudah letih belayar tanpa arah”. Setelah habis membaca tulisan di dalam blog itu, aku teringat akan kuliah maghrib di surau tempatku yang mana si Ustaz mengatakan bahawa manusia ini fitrahnya dijadikan untuk menjadi khalifah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Sesuai kejadian manusia itu sendiri, kita dijadikan untuk suka akan kepada pekara-pekara yang baik. Kita suka kepada kecantikan, kesempurnaan, keikhlasan dan semua sifat-sifat yang indah. Lalu Allah SWT menurunkan rasul sebagai contoh dan teladan ikutan untuk kita mencapai apa yang kita sukai itu. Rasullullah SAW sebagai pembawa rahmat untuk segenap alam mengajarkan kita tentang sifat beragama. Iaitu beragama dalam Islam, suatu cara kehidupan yang lengkap dan sempurna. Islam ada dalam aspek berkeluarga, ekonomi, sosial, politik, hiburan dan segalanya yang mengikut fitrah kejadian manusia. Ini semua dirangkumkan dengan kita dituntut untuk mentaati dan mengtauhidkan Allah SWT.
Contoh Si A suka sangat membela haiwan. Kegemaran/hobinya itu membuatkan beliau sanggup menghabiskan masa dan wang untuk membeli dan menjaga haiwan kesukaannya. Tentu saja merasa puas bila melihat haiwan itu sihat dan cantik. Jika hati kita memang dijadikan untuk suka kepada perkara-perkara elok sudah pasti fitrah kita suka kepada kesempurnaan. Maka Islam ada jawapan dan caranya. Kadang-kala manusia suka menggunakan logik akal/fikiran/fikrah nya sendiri untuk mencari kebahagian. “Ada fulus bisa lulus pak”, kata mutawiff aku semasa mengerjakan umrah dulu. Kalau begitu pastinya wang/harta dapat memberi kebahagian. Hmmm....logik juga kalau kita fikirkan. Tapi mengapa orang yang kaya dan mewah hidupnya tidak tenteram? Bukankah wang/harta boleh membeli kebahagian? Tak boleh ke? Mengapa yer?
Atau ada juga yang berfikir, hidup bebas tanpa beragama lebih sesuai. “Bebas aku untuk melakukan semua benda dalam hidup aku selagi mana aku tak langgar undang-undang”, kata seorang lagi kawanku. “Kalau begitu mengapa setiap malam kau mabuk? Runsing ke? Sunyi ke hidup? Pergilah hiburkan hati dengan disko?, tanya aku. “Aku tak tau nak buat apa la” jawapannya pula. La kalau camtu, kebebasan hidup tanpa tujuan/matlamat pasti bercelaru. Ramai yang telah hancur hidup hanya kerana mencari ‘kebahagian’ melalui seks bebas, arak, dadah, wang haram dan sebagainya. Tapi akhir kehidupannya hancur dan binasa. Umpama bahtera yang belayar di lautan, kalau tanpa arah pasti kapal akan hanyut. Begitu juga dengan kehidupan manusia, jika akal/fikiran/fikrah tidak dipandu oleh pedoman dan iman pasti hancur dengan kerosakan. Lihat saja orang yang bebas beragama, bila sudah tiada ketenangan yang dirasai, akhirnya sanggup bunuh diri.
Fikrah kita menuntut akan suatu pedoman, cara hidup dan tatacara mengikut fitrah kejadian manusia. Bukannya mengikut akal fikiran logik yang dipandu oleh hawa nafsu semata-mata.
Firman Allah: “Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk rahmat kepada sekalian alam.” (Al Anbia: 107).

Rasulullah  juga pernah bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia.” (Riwayat Malik).

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung”. (Surah 5, ayat 35).
Firman Allah lagi, “Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti”.(Surah 6, ayat 32).
“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun, tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri”. (surah 10, Ayat 44).
“Alif Lam Ra. (Inilah) Kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi kemudian dijelaskan secara terperinci, (yang diturunkan) dari sisi (Allah) Yang Mahabijaksana, Mahateliti”.(surah 11, ayat 1-3)
-salam sejahtera untuk anda-

Friday, December 2, 2011

APA MAKNANYA KITA MENGANUTI AGAMA ISLAM?

Aku tertarik dgn ulasan seorg ustaz di suatu rancangan tv...kalau tak silap aku tv al-hijrah. Dia berkata, "syukur alhamdullilah kita di lahirkan dalam Islam. Kalau dilahirkan dalam yahudi/nasrani, nauzubillah....". Aku terfikir seketika memang benar kata ustaz itu. Kerana hanya Allah SWT tuhan yg wajib kita sembah dan hanya islam saja agama yang diterima/diredhai oleh tuhan yang menciptakan kita, yang bersifat Rabb.

Tapi aku sedih bila mengenangkan tentang umat islam sendiri. Terutamanya dlm konteks bangsa (merujuk kpd bangsa melayu). Selalunya kita akan berkata yang melayu itu adalah beragama islam dan islam itu adalah berbangsa melayu. Hmmm...pernah dengar tak ungkapan ini? Tiada prejudis dlm artikel aku nie.

Islam bukannya semata-mata utk bangsa melayu, dan ingatlah juga yang melayu tidak semestinya beragama islam. Nabi Muhammad SAW diutuskan menbawa risalah Islam untuk semua umat manusia. Tiada keistimewaan ataupun kelebihan yg nabi bawa utk sesuatu kaum dlm mentauhidkan Allah SWT. Namun, hari ini kita lebih mementingkan akan kaum/bangsa dari agama sendiri. Tak percaya? Jgn tipu, sila baca sejarah negara hari ini (jgn tuding jari pada mana2 pihak yea).

Mengapa perlu mengagungkan bangsa? Hanya kerana kita adalah majoriti yang beragama islam di Malaysia, layakkah kita mendahulukan ke 'bangsaan' dari agama? Mari kita tanya diri bersama-sama:-
1. Berapa ramai org melayu yang masih memegang ajaran agama islam?
2. Berapa ramai org melayu yang masih mempercayai kitabullah & sunnatulrasullah sebagai panduan hidup?
3. Berapa ramai org melayu yang masih mendirikan solat wajib sehari semalam?
4. Berapa ramai org melayu yang masih menunaikan puasa di bulan Ramadhan?
5. Berapa ramai org melayu yang menutup aurat? Dll......

Banyak lagi yang harus kita tanya pada diri sendri sebelum kita berbangga dgn bangsa kita. Bangsa harus selari dgn tuntutan agama. Jgn hanya kerana kita adalah majoriti di negara ini dan beragama Islam maka kita mudah lupa diri. Kita sebenarnya mudah 'terhakis' dari pegangan akidah kerana kita memiliki agama yang suci ini dgn tiada sebarang kepayahan. Sila lihat sekeliling kita. Banyak sungguh permasalahan akhlak yang berlaku.
 
Kita tidak sehebat mana pun. Pernahkah kita berperang seperti para sahabat Rasullullah SAW dlm memerangi kaum musyrikin hanya untuk terus dlm anutan agama islam? Tentu tidak pernah. Lahir saja terus saja memeluk Islam. Nah, cuba pula tanya kepada rakan2 kita yang dahulunya dilahirkan sebagai bukan islam dan apabila mendapat hidayah, akhirnya memeluk islam. Tanya mereka mengenai Islam. Mereka lebih faham islam dari kita sendiri. Selidikilah kepayahan, cemuhan, penganiyaan serta tentangan keluarga yang mereka hadapi. Tidak hairanlah sekiranya saudara-saudara islam yang baru ini (mualaf) benar-benar menghargai agama islam. Mereka ini memegang ajaran yang suci ini bersungguh-sungguh setelah mungucapkan dua kalimah syahadah. Kadang2 rasa malu kita kepada mereka. Seharusnya kita yang diberikan kelebihan oleh Allah SWT, patut bersyukur dan bersunggug-sungguh dlm memelihara ajaran islam.

Bagi yang sempit fikiran sila jangan komen apa2. Kerana kita harus berlapang dada dan bermuhasabah diri sendiri. Ubat yang paling mujarab adalah yang paling pahit utk kita telan. Dan nasihat yang paling baik utk kita ikuti adalah melalui kritikan yang pedih.

Fikir-fikirkan lah. Syukuri nikmat kerana kita memeluk Islam, dan tunaikanlah kewajipan kita sebagai hamba kepada tuhan segenap alam iaitu ALLAH SWT.

Tuesday, October 18, 2011

MINTANYA BERMACAM-MACAM, TAPI BERMACAM-MACAMKAH AMALAN KEPADA ALLAH SWT.

Aku ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman aku semasa menunaikan umrah kali pertama dahulu. Alhamdullillah, aku diberi kesempatan oleh Allah SWt utk menjejakkan kaki buat kali pertama di tanah suci. Pemergian solo aku kesana memudahkan aku utk bergerak (tanpa menunggu ahli keluarga) dlm ibadah seharian.


Disana aku suka menghimpit ketua mutawif, Ustaz Sahril dan berdailog dengannya bila ada kelapangan. Suatu petang selepas waktu Asar, kami lepak sebentar di perkarangan Hotel Hijjaz (100 meter) dari masjidil haram. So aku pun saja lah bertanya serba-sedikit persoalan agama. Tiba2 Ust. Sahril berkata, "Maaf ya abg (panggilan aku disana), saya ingin bertanya sedikit". Aku pun pantas menjawab,"Ya boleh saja ustaz".
"Abg tidak malukah meminta bermacam-macam pada Allah Taalla?", tanya ustaz. Aku kira terkejut jugak lah dgn soalan dia nie. "Kenapa ustaz berkata demikian?", aku soal dia balik.
"Iyalah, abg kita sebagai hamba-Nya selalu aje berdoa meminta-minta kepada Allah SWT. Minta diberikan kesihatan, isteri yg soleh, anak2 yg soleh dan macam-macam kebaikan. TAPI, adakah ibadah kita juga bermacam-macam kepada-Nya. Tidak malukah kita?", terang ustaz Sahril.


Macam kena panah petir aku masa tu. Terdiam terus tak menjawab. Aku berfikir memang benar apa yang dia katakan tadi. Memang benar kita adalah hamba-Nya yang lemah dan kepada Allah SWT lah tempat kita memohon. Dan sebagai hamba-Nya, semestinya kita harus mempersembahkan ibadah sebagai tanda mensyukuri nikmat-Nya. Lakukan apa yang di suruh-Nya dan meninggalkan apa saja larangan-Nya.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di Dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” – Surah al-Baqarah, ayat 185.
“Dan apabila manusia ditimpa oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali (bertaubat) kepada-Nya, kemudian apabila Dia memberikan rahmat-Nya kpd mereka, tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukan Allah – Surah Ar-Rum, ayat 33.
Dan apabila Kami berikan sesuatu Rahmat kpd manusia, nescaya mereka gembira dgn (rahmat) itu. Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa – Surah Ar-Rum, ayat 36.

Moga2 kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT.

Monday, October 10, 2011

SESAT DI DALAM MASJIDIL HARAM.......YA ALLAH! TAKUTNYA AKU

Tanggal 26/05/2010 merupakan tarikh yang bersejarah dalam hidup aku. Inilah pertama kali aku akan menjejakkan kaki ke tanah suci. Setelah tertangguh niatku untuk menunaikan umrah selama 3 tahun, akhirnya takdir Allah SWT telah memudahkan aku ke sana. Sejak meninggalkan airport KLIA menuju ke Jeddah, aku tak habis-habis mengucapkan syukur kepada-Nya. Pengalaman yang pertama aku lalui apabila kapal terbang Saudi Airline mendarat di Jeddah. Belum sempat turun lagi aku dah menitik air mata tak henti-henti. Rasanya perasaan bercampu-baur lah masa itu. Rasa genbira, bimbang, takut, cuak dan macam2 lagi. Alhamdullillah, akhirnya aku sampai di Madinah. Selama 3 hari aku di sana dapat menunaikan solat di Masjid Nabawi, berdoa di raudah, mengunjungi makam Rasullullah S.A.W dan berziarah sekitar Madinah.

Jeng...Jeng..Jeng...hari ke-3 selepas solat Jumaat, aku dan group meninggalkan kota suci Madinah menuju ke Mekkah Al-Mukaramah. Dengan perasaan gembiranya, group kami bertolak jam 3 petang. Rasanya jam 10 malam, bas kami tiba di kota suci Mekkah. Dengan keadaan yang agak letih & mengantuk kami bergerak ke Masjidil haram dalam keadaan berihram menunaikan umrah. Perasaan masa itu, hanya Allah SWT yang tahu. Alhamdullillah, kira2 jam 2.30 pagi kami selesai menyempurnakan ibadah umrah. Selepas itu, kami pulang secara berkumpulan menuju ke hotel Hijjaz untuk berehat.

Keesokkannya kami di bawa menziarahi tempat2 bersejarah di Mekkah dan sekitar. Ketua mutawif ketika itu, menasihati kami untuk membawa pakaian ihram bagi yang ingin melakukan umrah kali kedua. Kali ini kami bermiqat di Masjid Tanaem (miqat terhampir dari tanah haram). Group kami bergerak seperti biasa pulang ke masjidil haram untuk menunaikan umrah kedua. Aku seperti umrah yang pertama merasa benar2 gembira setelah dapat menyempurnakan rukum-rukun umrah.

Masuk hari ke-3, kami di bawa ke daerah yang dikenali sebagai Hudaibiyah (eh betul ke ejaan nie). Kali ini, bagi yang ingin melakukan umrah maka akan bermiqat di sini pula. Aku tidak ketinggalan untuk turut serta. Kali ini group aku berpecah. Mungkin kerana jumlah jemaah yang agar ramai (musim panas masa tu), jadi pada pusingan tawaf yang ke-3 lagi, semuanya berpecah. Ada yang beriringan dengan mutawif, ada yang dengan ahli keluarga dan ada yang solo. Macam aku gak, jadi solo. Tapi kali ni, aku tak rasa panic sangat kerana aku sudah mula faham akan rukun-rukun, bacaan dan perlakuan dalam melakukan umrah. Terdetik dah rasa bangga (kira bongkak la nie) dalam hati aku. "Tak kisahlah, aku tak ikut group. Aku boleh selesaikan saie pulak lepas nie". Kuasa Allah Taalla mengatasi segalanya. Selesai sahaja ber 'tahalul', aku bergerak perlahan-lahan mencari pintu keluar masjid. Dengan panas terik petang, aku mula berasa lemah sangat. Iyealah dah 3 hari melakukan umrah ditambah lak dengan aktiviti ziarah beberapa hari, aku memang tak cukup rehat. Average tidur di sana kira 3-4 jam saja. Puas aku mencari pintu 'King Aziz Gate' (pintu warna hijau) yang menuju ke dataran hadapan Zam-Zam Tower / Al-Safa Tower, tapi tak jumpa2. Aku kira laluan tu dah jadi laluan hafalan dah. Kiranya pagi, petang dan malam aku mesti lalu kat situ. Kira tak boleh miss la. Tapi aku tak jumpa pintu keluar pun. Terus-terang cakap, aku pucat abis la masa tu. Aku tanya guard pun tak jumpa gak. Percaya tak aku pusing kawasan masjid hampir 3 pusingan. Bagi yang belum ke sana, jarak satu pusingan tu kira cam luas stadium Bukit Jalil kot (maaf aku tak pandai kira jarak). Ya Allah! Aku dah sesat rupanya. Pusing-pusing kat situ gak. Masa tu aku rasa cam nak pengsan pun ada sebab dah letih. Lama aku termenung dalam masjid menatap dataran Kaabah. "Mungkin aku ada salah cakap nie", detik hati aku. Aku terus memanjatkan doa di hadapan Kaabah memohon agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa aku. Aku ini hamba Nya yang penuh dengan dosa serta kesalahan. Kalau ditulis berdakwatkan air laut pun belum tentu habis mencatitkan segala dosa-dosa aku selama ini. Air mata aku bercucuran sambil mulutku tidak putus-putus memohon keampunan-Nya. Habis saja berdoa, aku menoleh kebelakang dan nampak pintu keluar betul-betul di depan mata. Perasaan syukur ketika itu memang tak boleh nak gambarkan. Subhanallah, sememangnya pada-Mu aku memohon dan berserah. Terus aku bergerak menuju ke hotel selepas kejadian itu dengan seribu macam perasaan. Bagi yang skeptik di luar sana dengan membaca kisah aku nie, mungkin menganggap nie semua adalah benda biasa dan secara kebetulan jer. Kira biasalah jemaah sesat kat sana. Tapi kemungkinan juga sebagai pengajaran yang Allah SWT dalam menduga hamba-Nya. Mugkin kisah ini dapat menjadi pengajaran pada semua.Apa2 pun aku yakin yang itu semua adalah dugaan Allah SWT kepada diriku.Moga2 kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT sehingga ke akhir hayat.    

Tuesday, October 4, 2011

Derhaka kepada ibu jangan harap rahmat Allah SWT

Aku nak kongsi skit jer tentang suatu kisah nie. Sebenarnya benda nie berlaku kira-kira 4 tahun yang lepas. Tetiba jer nak flash back pula.Juga sebagai renungan bersama.

Kisahnya cam nie. Kalau tak silap aku, berlaku pada suatu petang di bulan Ramadhan. On the way aku nak pulang ke rumah selepas kerja, cam biasalah aku dengan anak sulung aku yang baru berusia 3 tahun masa tu berhenti di bazar ramadhan. Saja la nak bawa ole-ole skit sebagai juadah berbuka puasa. Sedang aku jalan-jalan cari pasal oppss silap cari makan, aku terpaku melihat seorg wanita yang agak berumur lewat 40-an sedang duduk ditepi jalan memegang anak lelakinya yang aku rasa baya anak aku gakla. Wanita tu sedang mengadah tangan meminta sedekah pada org ramai yang tengah sibuk membeli juadah berbuka. Aku terus terpaku melihat mereka berdua.

Tiba-tiba si anak kecil tu berlari kesebuah gerai yang sedang menjual ayam goreng. Si anak kecil tu cuma berdiri di tepi meja gerai sambil matanya melihat ayam-ayam goreng yang tengah dihidang. Daripada perbuatan si anak kecil itu, au faham yang dia teringin sangat menjamah ayam goreng tersebut. Si ibu terus berjalan dan terus memeluk sambil membelai kepala anaknya. Hati aku terdetik, mungkin si ibu sedang memujuk anak kecilnya yang tidak mampu membeli makanan itu. Si anak kecil tu pulak seolah faham pukukan ibunya dan terus meninggalkan gerai tersebut. Ya Allah, cam nak menitik air mata aku melihat mereka berdua. Aku mula berfikir yang seorang ibu sanggup meminta sedekah untuk mencari wang bagi membeli sesuap makanan kepada anaknya, namun sanggupkah seorang anak berbuat demikian kepada ibunya???

Benarlah hadis Rasullallah SAW yang menyebut jika seorang anak dipanggil oleh ibubapanya maka si ibulah yang paling utama sekali.Nabi menegaskan sebanyak 3 kali dalam hadis tersebut. Malah Islam mengajar agar kita sentiasa menghormati ibu bapa kita kerana rahmat Allah SWT bergantung kepada keredhaan ibu bapa. Malah ada pepatah yang menyebut bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu. Maksudnya keampunan Allah SWT bergantung kepada keampunan si ibu.

Persoalan sekarang ini, berapa ramai anak-anak yang lebih mengutamakan ibu bapanya daripada kehendak orang lain. Saban hari akhbar menyiarkan tentang kisah anak-anak derhaka yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka di rumah-rumah org tua. Malah ada yang lebih kurang hajar bila sanggup membunuh serta mencerdekan ibu bapa sendiri. Anak-anak semacam ini jangan harap untuk mencium bau syurga, nerakalah tempatnya.

"Dan Tuhanmu telah memrintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepd ibu bapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engaku mengatakan kepd kedua-duanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya,dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik" - Surah Al-Isra' ayat 23.

Saturday, October 1, 2011

Beras Secupak Takkan Jadi Segantang....Iyea ke???

Pernah tak dengar peribahasa org-org otai semacam nie? Tentu pernahkan, alahai masa kita kat sekolah rendah pun dah belajar maksudnya kan?. Tapi bukan itu yang aku nak katakan kat sini. Tetapi tentang keberkatan rezeki tak kiralah samada secupak ke ataupun segantang.

Istilah beras ni bersamaan dengan duit, wang, harta, RM dan sebagainya. Kalau beras secupak (harta/duit yang sedikit) diperolehi dari sumber yang halal dan diberkati Allah SWt, sudah pasti cukup untuk diri sendiri dan keluarga. Aku teringat akan satu kisah benar yang membuat aku agak terpukul (cam kena hantuk kayu) semasa aku menunaikan umrah dahulu. Hendak dijadikan cerita, group umrah yang aku sertai kali ini kebanyakkannya terdiri daripada kontraktor-kontrakto, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta (kira kategori org-org berwang). Tetapi dalam ramai jemaah tu, aku baru tahu rupanya ada seorang lelaki yang kira pangkat pakcik berusia 60-an merupakan golongan yang kurang berada. Pakcik Ali (bukan nama sebenar) pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Belau datang hanya bersendirian tanpa ditemani oleh ahli keluarganya. Setelah beberapa hari di Makkah, aku sempat bertanya tentang dirinya. Pakcik Ali sebenarnya tinggal di kampung dan mempunyai 5 orang anak. Alhamdullilah, anak-anaknya sudah besar dan mempunyai pekerjaan yang agak hebat kerana berkelulusan universiti semuanya. Jeng...jeng..jeng....mereka sekeluarga hanya dibesarkan daripada hasil titik peluh Pakcik Ali mengayuh basikal setiap hari untuk menjual jagung rebus. Ha!!!Terkejut gak aku dengar cerita dia. Dengan pendapatan yang tak seberapa itulah beliau menyara kehidupan keluarga dan dengan hasil yang sedikit dikumpul itulah beliau membiayai kos menunaikan umrah. Dan setelah pulang ke tanahair, aku terkejut kali kedua apabila melihat muka Pakcik Ali di muka surat khabar. Beliau di anugerahi dengan geran tanah oleh kerajaan negeri untuk mengusahakan tanah pertanian. Benarlah kata orang kalau rezeki sedikit yang diberkati oleh Allah SWT sudah pasti mencukupi. Tetapi kalau rezeki yang banyak melimpah ruah tetapi tidak berkat dan dari sumber yang haram, pasti tidak akan mecukupi.

Jeng....jeng...jeng...kisah kedua pulak. Beras segantang pun belum tentu mencukupi kalau tiada keberkatan-Nya. Ada orang yang hidupnya serba mewah. Tapi sayangnya sentiasa bermasalah. Isteri menderhaka pada suaminya malahan anak-anak pula terlibat dengan gejala sosial. Bila diselidiki, sumber pendapatannya dari sumber yang syubaha dan haram. Jika segantang pun rezeki kemewahannya belum tentu dapat mengecapi kebahagian. Dapatkah dia membeli ketaatan isterinya, dapatkah dia membeli keampunan anak-anaknya dan dapatkah dia membeli kebahagian dunia???? Rezeki yang melimpah ruah jika tidak ada keberkatan dari Allah SWT, sudah pasti tiada gunanya. Hidup dah macam mayat jer tiada guna lagi.

Yang pasti kita kena kembali kepada Allah SWT. Kerana Allah SWT berfirman :
"...Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepadamu, demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras" (Surah Ibrahim: 71).

"Dan Allah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah; Kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian (meliputi tubuh badan mereka), kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat" (Surah An-Nahl: 162).

Moga-moga kita semua mendapat keberkatan dari Nya, insyaallah.