Monday, August 27, 2012

KENAPA? WHY? WHY? WHY?

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Why? Why? Why? Pernah tak terungkap ayat nie dari mulut kita? Tentu banyak kali kan sampai tak terhitung jumlahnya. Aku nak berkongsi skit la pasal isu nie sebagai pengkongsian ilmu dan juga peringatan untuk diri sendiri. Aku teringat akan sebuah kisah/tazkirah daripada Ust. Badrul yang pernah dating ke masjid kawasan aku suatu masa dulu. Kata beliau yang kita nie manusia tak habis-habis menyalahkan pihak lain atau dalam ertikata mempersoalkan kenapa sesuatu perkara berlaku tanpa kehendak kita. “Kenapa la aku tak senang-senang lagi. Siang malam aku kerja tapi tak mewah lagi?”, “Kenapa aku asyik sakit aje tak sembuh-sembuh nie. Dah banyak tempat aku pergi berubat takkan tak ok lagi?”, “Kenapa keluarga aku berpecah-belah. Kan aku dah buat segalanya bagi diaorang?” Dan macam-macam lagi la persoalan yang kita sering pertikaikan.…….. kenapa ……… kenapa….kenapa……why? why? Why?
Kata Ustaz Badrul, JAWAPANNYA SENANG AJER………WHY NOT!  KENAPA TIDAK! Bukan kuasa mutlak seorang insan yang bernama manusia untuk mendapat apa yang ia hajati. Kita dituntut untuk berusaha dan seterusnya berdoa dan bertawakal. Akhir pemberian atau penolakan sesuatu perkara itu adalah hak mutlak Allah SWT. Aku ketawa mendengar jawapan si ustaz, tapi memang benar apa yang dia katakana. Tak percaya ataupun kita tak mahu percaya……….
“Apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan-Nya maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya setelah itu. Dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.” – Ayat 2, Surah Ke-35 Fatir.
Bahkan apa saja perkara yang menimpa kita samada kita sukai ataupun tidak adalah sebagai ujian daripada Allah SWT. Dan agar kita menjadi insan yang bersabar dan bersyukur.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak di uji ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." – Ayat 2-3, Surah ke-29 Al-Ankabut .
“Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, “Sesungguhnya aku diberi nikmay ini hanyalah kerana kepintaranku.” Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” – Ayat 49, Surah Ke-39 Az-Zumar.
“Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasinya (bagi siapa yang Dia kehendaki)? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdpat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.” – Ayat 52, Surah ke-39 Az Zumar. 
Dan kesimpulannya kita akan sentiasa diuji oleh Allah SWT dan kita dituntut untuk bersabar dengan ujian-Nya. Janganlah asyik mempersoalkan mengapa atau kenapa sesuatu ujian itu berlaku kepada kita. Dan janganlah pula kita menyalahkan orang lai ataupun yang Maha Pencipta.
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."- Ayat 286, Surah ke-2 Al-Baqarah.
Bahkan Allah SWT amat menyintai insan-insan yang bersabar menghadapi ujianNya.  FirmanNya, “Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak (menjadi) lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan  tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai  orang-orang yang sabar.” – Ayat 146, Surah ke-3 Ali Imran.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi.
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."- Ayat 12, Surah ke-12 Yusuf.
Moga-moga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT. Harap-harap artikel nie sedikit sebanyak menjadi pengkongsian ilmu dan peringatan bagi kita semua. Yang lemah itu dari saya sendiri dan yang benar itu dari Allah SWT. Salam syawal. Alamak aiii.....duit raya dah nak habis nie..........

Sunday, August 26, 2012

APABILA IMAN LEMAH

SEKADAR PENGKONGSIAN ILMU.
Salam Aidilfitri buat semua. Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan selama ini. Syawal tahun ini agak biasa aje tapi tetap meriah dengan kunjungan keluarga yang tercinta dan sahabat handai. So, kita syok la raya tahun ni, walaupun budget agak ciput….hahahaha……Belek punya belek aku terjumpa satu artikel yang agak best untuk dikongsi bersama. Aku tak ingat kat blog mana aku terjumpa artikel nie. Agak sudden aku termanggu gak bila membaca, yealah sejak sibuk nie jarang sangat aku membaca. So, marilah sama-sama kita mengambil ilmu yang amat berguna ini sebagai amalan. Sesungguhnya yang kurang itu dari diri saya, dan yang baik itu dari Allah SWT.
APABILA IMAN LEMAH.
APABILA iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada.
Rasulullah sendiri sering berdoa: “Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”. Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesunggunya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada org-org yg khusyuk' - Surah Al-Baqarah : Ayat 45.

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya" - Surah Al-Baqarah, ayat 286.

Doa baginda: “Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu”. Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya: “Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran”.
Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah?
Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.
Kali ini penulis ingin mengingatkan tentang tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:
  1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
  2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
  3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
  4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
  5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
  6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
  7. Berat dalam mengingat Allah.
  8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
  9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
  10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
  11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
  12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain
  13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
  14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
  15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
  16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
  17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
  18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
  19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
  20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.
Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
  1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
  2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
  3. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
  4. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
  5. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
  6. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
  7. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
  8. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
  9. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
  10. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
  11. Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
  12. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
  13. Menginsafi semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.
Wassalam.