Monday, October 10, 2011

SESAT DI DALAM MASJIDIL HARAM.......YA ALLAH! TAKUTNYA AKU

Tanggal 26/05/2010 merupakan tarikh yang bersejarah dalam hidup aku. Inilah pertama kali aku akan menjejakkan kaki ke tanah suci. Setelah tertangguh niatku untuk menunaikan umrah selama 3 tahun, akhirnya takdir Allah SWT telah memudahkan aku ke sana. Sejak meninggalkan airport KLIA menuju ke Jeddah, aku tak habis-habis mengucapkan syukur kepada-Nya. Pengalaman yang pertama aku lalui apabila kapal terbang Saudi Airline mendarat di Jeddah. Belum sempat turun lagi aku dah menitik air mata tak henti-henti. Rasanya perasaan bercampu-baur lah masa itu. Rasa genbira, bimbang, takut, cuak dan macam2 lagi. Alhamdullillah, akhirnya aku sampai di Madinah. Selama 3 hari aku di sana dapat menunaikan solat di Masjid Nabawi, berdoa di raudah, mengunjungi makam Rasullullah S.A.W dan berziarah sekitar Madinah.

Jeng...Jeng..Jeng...hari ke-3 selepas solat Jumaat, aku dan group meninggalkan kota suci Madinah menuju ke Mekkah Al-Mukaramah. Dengan perasaan gembiranya, group kami bertolak jam 3 petang. Rasanya jam 10 malam, bas kami tiba di kota suci Mekkah. Dengan keadaan yang agak letih & mengantuk kami bergerak ke Masjidil haram dalam keadaan berihram menunaikan umrah. Perasaan masa itu, hanya Allah SWT yang tahu. Alhamdullillah, kira2 jam 2.30 pagi kami selesai menyempurnakan ibadah umrah. Selepas itu, kami pulang secara berkumpulan menuju ke hotel Hijjaz untuk berehat.

Keesokkannya kami di bawa menziarahi tempat2 bersejarah di Mekkah dan sekitar. Ketua mutawif ketika itu, menasihati kami untuk membawa pakaian ihram bagi yang ingin melakukan umrah kali kedua. Kali ini kami bermiqat di Masjid Tanaem (miqat terhampir dari tanah haram). Group kami bergerak seperti biasa pulang ke masjidil haram untuk menunaikan umrah kedua. Aku seperti umrah yang pertama merasa benar2 gembira setelah dapat menyempurnakan rukum-rukun umrah.

Masuk hari ke-3, kami di bawa ke daerah yang dikenali sebagai Hudaibiyah (eh betul ke ejaan nie). Kali ini, bagi yang ingin melakukan umrah maka akan bermiqat di sini pula. Aku tidak ketinggalan untuk turut serta. Kali ini group aku berpecah. Mungkin kerana jumlah jemaah yang agar ramai (musim panas masa tu), jadi pada pusingan tawaf yang ke-3 lagi, semuanya berpecah. Ada yang beriringan dengan mutawif, ada yang dengan ahli keluarga dan ada yang solo. Macam aku gak, jadi solo. Tapi kali ni, aku tak rasa panic sangat kerana aku sudah mula faham akan rukun-rukun, bacaan dan perlakuan dalam melakukan umrah. Terdetik dah rasa bangga (kira bongkak la nie) dalam hati aku. "Tak kisahlah, aku tak ikut group. Aku boleh selesaikan saie pulak lepas nie". Kuasa Allah Taalla mengatasi segalanya. Selesai sahaja ber 'tahalul', aku bergerak perlahan-lahan mencari pintu keluar masjid. Dengan panas terik petang, aku mula berasa lemah sangat. Iyealah dah 3 hari melakukan umrah ditambah lak dengan aktiviti ziarah beberapa hari, aku memang tak cukup rehat. Average tidur di sana kira 3-4 jam saja. Puas aku mencari pintu 'King Aziz Gate' (pintu warna hijau) yang menuju ke dataran hadapan Zam-Zam Tower / Al-Safa Tower, tapi tak jumpa2. Aku kira laluan tu dah jadi laluan hafalan dah. Kiranya pagi, petang dan malam aku mesti lalu kat situ. Kira tak boleh miss la. Tapi aku tak jumpa pintu keluar pun. Terus-terang cakap, aku pucat abis la masa tu. Aku tanya guard pun tak jumpa gak. Percaya tak aku pusing kawasan masjid hampir 3 pusingan. Bagi yang belum ke sana, jarak satu pusingan tu kira cam luas stadium Bukit Jalil kot (maaf aku tak pandai kira jarak). Ya Allah! Aku dah sesat rupanya. Pusing-pusing kat situ gak. Masa tu aku rasa cam nak pengsan pun ada sebab dah letih. Lama aku termenung dalam masjid menatap dataran Kaabah. "Mungkin aku ada salah cakap nie", detik hati aku. Aku terus memanjatkan doa di hadapan Kaabah memohon agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa aku. Aku ini hamba Nya yang penuh dengan dosa serta kesalahan. Kalau ditulis berdakwatkan air laut pun belum tentu habis mencatitkan segala dosa-dosa aku selama ini. Air mata aku bercucuran sambil mulutku tidak putus-putus memohon keampunan-Nya. Habis saja berdoa, aku menoleh kebelakang dan nampak pintu keluar betul-betul di depan mata. Perasaan syukur ketika itu memang tak boleh nak gambarkan. Subhanallah, sememangnya pada-Mu aku memohon dan berserah. Terus aku bergerak menuju ke hotel selepas kejadian itu dengan seribu macam perasaan. Bagi yang skeptik di luar sana dengan membaca kisah aku nie, mungkin menganggap nie semua adalah benda biasa dan secara kebetulan jer. Kira biasalah jemaah sesat kat sana. Tapi kemungkinan juga sebagai pengajaran yang Allah SWT dalam menduga hamba-Nya. Mugkin kisah ini dapat menjadi pengajaran pada semua.Apa2 pun aku yakin yang itu semua adalah dugaan Allah SWT kepada diriku.Moga2 kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT sehingga ke akhir hayat.    

No comments:

Post a Comment