Tuesday, October 4, 2011

Derhaka kepada ibu jangan harap rahmat Allah SWT

Aku nak kongsi skit jer tentang suatu kisah nie. Sebenarnya benda nie berlaku kira-kira 4 tahun yang lepas. Tetiba jer nak flash back pula.Juga sebagai renungan bersama.

Kisahnya cam nie. Kalau tak silap aku, berlaku pada suatu petang di bulan Ramadhan. On the way aku nak pulang ke rumah selepas kerja, cam biasalah aku dengan anak sulung aku yang baru berusia 3 tahun masa tu berhenti di bazar ramadhan. Saja la nak bawa ole-ole skit sebagai juadah berbuka puasa. Sedang aku jalan-jalan cari pasal oppss silap cari makan, aku terpaku melihat seorg wanita yang agak berumur lewat 40-an sedang duduk ditepi jalan memegang anak lelakinya yang aku rasa baya anak aku gakla. Wanita tu sedang mengadah tangan meminta sedekah pada org ramai yang tengah sibuk membeli juadah berbuka. Aku terus terpaku melihat mereka berdua.

Tiba-tiba si anak kecil tu berlari kesebuah gerai yang sedang menjual ayam goreng. Si anak kecil tu cuma berdiri di tepi meja gerai sambil matanya melihat ayam-ayam goreng yang tengah dihidang. Daripada perbuatan si anak kecil itu, au faham yang dia teringin sangat menjamah ayam goreng tersebut. Si ibu terus berjalan dan terus memeluk sambil membelai kepala anaknya. Hati aku terdetik, mungkin si ibu sedang memujuk anak kecilnya yang tidak mampu membeli makanan itu. Si anak kecil tu pulak seolah faham pukukan ibunya dan terus meninggalkan gerai tersebut. Ya Allah, cam nak menitik air mata aku melihat mereka berdua. Aku mula berfikir yang seorang ibu sanggup meminta sedekah untuk mencari wang bagi membeli sesuap makanan kepada anaknya, namun sanggupkah seorang anak berbuat demikian kepada ibunya???

Benarlah hadis Rasullallah SAW yang menyebut jika seorang anak dipanggil oleh ibubapanya maka si ibulah yang paling utama sekali.Nabi menegaskan sebanyak 3 kali dalam hadis tersebut. Malah Islam mengajar agar kita sentiasa menghormati ibu bapa kita kerana rahmat Allah SWT bergantung kepada keredhaan ibu bapa. Malah ada pepatah yang menyebut bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu. Maksudnya keampunan Allah SWT bergantung kepada keampunan si ibu.

Persoalan sekarang ini, berapa ramai anak-anak yang lebih mengutamakan ibu bapanya daripada kehendak orang lain. Saban hari akhbar menyiarkan tentang kisah anak-anak derhaka yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka di rumah-rumah org tua. Malah ada yang lebih kurang hajar bila sanggup membunuh serta mencerdekan ibu bapa sendiri. Anak-anak semacam ini jangan harap untuk mencium bau syurga, nerakalah tempatnya.

"Dan Tuhanmu telah memrintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepd ibu bapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engaku mengatakan kepd kedua-duanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya,dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik" - Surah Al-Isra' ayat 23.

1 comment:

  1. mhanafiah,

    citer yang menarik, saya selalu pesan pada kawan2 saya, sementara masih ada bapa dan ibu, kena ziarah mereka selalu. Saya dah rasa sunyi bila tk ada emak dan abah....

    p/s Tk kerana mengikuti blog saya

    ReplyDelete