Disana aku suka menghimpit ketua mutawif, Ustaz Sahril dan berdailog dengannya bila ada kelapangan. Suatu petang selepas waktu Asar, kami lepak sebentar di perkarangan Hotel Hijjaz (100 meter) dari masjidil haram. So aku pun saja lah bertanya serba-sedikit persoalan agama. Tiba2 Ust. Sahril berkata, "Maaf ya abg (panggilan aku disana), saya ingin bertanya sedikit". Aku pun pantas menjawab,"Ya boleh saja ustaz".
"Abg tidak malukah meminta bermacam-macam pada Allah Taalla?", tanya ustaz. Aku kira terkejut jugak lah dgn soalan dia nie. "Kenapa ustaz berkata demikian?", aku soal dia balik.
"Iyalah, abg kita sebagai hamba-Nya selalu aje berdoa meminta-minta kepada Allah SWT. Minta diberikan kesihatan, isteri yg soleh, anak2 yg soleh dan macam-macam kebaikan. TAPI, adakah ibadah kita juga bermacam-macam kepada-Nya. Tidak malukah kita?", terang ustaz Sahril.
Macam kena panah petir aku masa tu. Terdiam terus tak menjawab. Aku berfikir memang benar apa yang dia katakan tadi. Memang benar kita adalah hamba-Nya yang lemah dan kepada Allah SWT lah tempat kita memohon. Dan sebagai hamba-Nya, semestinya kita harus mempersembahkan ibadah sebagai tanda mensyukuri nikmat-Nya. Lakukan apa yang di suruh-Nya dan meninggalkan apa saja larangan-Nya.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di Dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” – Surah al-Baqarah, ayat 185.
“Dan apabila manusia ditimpa oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali (bertaubat) kepada-Nya, kemudian apabila Dia memberikan rahmat-Nya kpd mereka, tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukan Allah – Surah Ar-Rum, ayat 33.
Dan apabila Kami berikan sesuatu Rahmat kpd manusia, nescaya mereka gembira dgn (rahmat) itu. Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa – Surah Ar-Rum, ayat 36.
Moga2 kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT.
Moga2 kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT.
No comments:
Post a Comment