Pernah tak dengar peribahasa org-org otai semacam nie? Tentu pernahkan, alahai masa kita kat sekolah rendah pun dah belajar maksudnya kan?. Tapi bukan itu yang aku nak katakan kat sini. Tetapi tentang keberkatan rezeki tak kiralah samada secupak ke ataupun segantang.
Istilah beras ni bersamaan dengan duit, wang, harta, RM dan sebagainya. Kalau beras secupak (harta/duit yang sedikit) diperolehi dari sumber yang halal dan diberkati Allah SWt, sudah pasti cukup untuk diri sendiri dan keluarga. Aku teringat akan satu kisah benar yang membuat aku agak terpukul (cam kena hantuk kayu) semasa aku menunaikan umrah dahulu. Hendak dijadikan cerita, group umrah yang aku sertai kali ini kebanyakkannya terdiri daripada kontraktor-kontrakto, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta (kira kategori org-org berwang). Tetapi dalam ramai jemaah tu, aku baru tahu rupanya ada seorang lelaki yang kira pangkat pakcik berusia 60-an merupakan golongan yang kurang berada. Pakcik Ali (bukan nama sebenar) pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Belau datang hanya bersendirian tanpa ditemani oleh ahli keluarganya. Setelah beberapa hari di Makkah, aku sempat bertanya tentang dirinya. Pakcik Ali sebenarnya tinggal di kampung dan mempunyai 5 orang anak. Alhamdullilah, anak-anaknya sudah besar dan mempunyai pekerjaan yang agak hebat kerana berkelulusan universiti semuanya. Jeng...jeng..jeng....mereka sekeluarga hanya dibesarkan daripada hasil titik peluh Pakcik Ali mengayuh basikal setiap hari untuk menjual jagung rebus. Ha!!!Terkejut gak aku dengar cerita dia. Dengan pendapatan yang tak seberapa itulah beliau menyara kehidupan keluarga dan dengan hasil yang sedikit dikumpul itulah beliau membiayai kos menunaikan umrah. Dan setelah pulang ke tanahair, aku terkejut kali kedua apabila melihat muka Pakcik Ali di muka surat khabar. Beliau di anugerahi dengan geran tanah oleh kerajaan negeri untuk mengusahakan tanah pertanian. Benarlah kata orang kalau rezeki sedikit yang diberkati oleh Allah SWT sudah pasti mencukupi. Tetapi kalau rezeki yang banyak melimpah ruah tetapi tidak berkat dan dari sumber yang haram, pasti tidak akan mecukupi.
Jeng....jeng...jeng...kisah kedua pulak. Beras segantang pun belum tentu mencukupi kalau tiada keberkatan-Nya. Ada orang yang hidupnya serba mewah. Tapi sayangnya sentiasa bermasalah. Isteri menderhaka pada suaminya malahan anak-anak pula terlibat dengan gejala sosial. Bila diselidiki, sumber pendapatannya dari sumber yang syubaha dan haram. Jika segantang pun rezeki kemewahannya belum tentu dapat mengecapi kebahagian. Dapatkah dia membeli ketaatan isterinya, dapatkah dia membeli keampunan anak-anaknya dan dapatkah dia membeli kebahagian dunia???? Rezeki yang melimpah ruah jika tidak ada keberkatan dari Allah SWT, sudah pasti tiada gunanya. Hidup dah macam mayat jer tiada guna lagi.
Yang pasti kita kena kembali kepada Allah SWT. Kerana Allah SWT berfirman :
"...Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepadamu, demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras" (Surah Ibrahim: 71).
"Dan Allah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah; Kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian (meliputi tubuh badan mereka), kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat" (Surah An-Nahl: 162).
Moga-moga kita semua mendapat keberkatan dari Nya, insyaallah.
No comments:
Post a Comment