Tuesday, March 25, 2014

Tenanglah wahai kekasih hatiku. Semoga engkau ditempatkan bersama golongan org beriman, insyallah...ammeenn.

TANGGAL 29/09/2013 MERUPAKAN SATU TAMPARAN HEBAT BUAT AKU DAN SEKELUARGA APABILA IBU KANDUNG YG KAMI KASIHI, PN RAHIMAH BT SEMAN MENGHEMBUSKAN NAFAS YG TERAKHIR.

KHAMIS 27/09/2013, AKU MENERIMA PANGGILAN PHONE DRPD KAKAK SULUNG YG MEMINTA AKU PULANG KE KAMPUNG KERANA IBU DI MAKSUDKAN KE WAD KECEMASAN HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG. AKU BERGEGAS PANTAS DENGAN RASA RESAH. SEPANJANG PERJALANAN HATIKU TAK PUTUS-PUTUS BERDOA AGAR IBU SELAMAT. AKU TERKEJUT APABILA SAMPAI DI HOSPITAL, IBUKU DALAM KEADAAN SEPARA KOMA. DOKTOR MEMBERITAHU KAMI SEKELUARGA YG BELIAU MENGALAMI HEART ATTACK. SEPANJANG 2 HARI KAMI BERGILIR MENJAGA BELIAU. DAN KEMUNCAK PADA TENGAH MALAM HARI SABTU, BELIAU MENGHEMBUSKAN NYAWA TERAKHIR SEWAKTU DALAM JAGAANKU. 
SEPARUH JIWAKU HANCUR HIBA MENGENANGKAN PEMERGIAN BELIAU MENGHADAP ALLAH SWT.

TERKINI PADA 06/03/2014 YG LALU ADIK BONGSUKU CIKGU MOHD HAZA'ARI MENINGGAL DUNIA KERANA HEART ATTACK. BARU 5 BULAN ARWAH IBU MENINGGALKAN KAMI, KINI ADIK KU PULA MENGIKUT ARWAH IBU.
HIBA KU MASIH BELUM REDA. TANGISKU MASIH TERASA. MUNGKIN TEMAN2 MELIHAT AKU BIASA SAHAJA, TETAPI DALAM HATI KU PENUH DGN RASA DUKA. SESUNGGUHNYA ALLAH SWT LEBIH MENGETAHUI ATAS UJIAN YG MENIMPA KAMI SEKELUARGA.

BENARLAH FIRMAN ALLAH SWT, "DAN KAMI PASTI AKAN MENGUJI KAMU DGN SEDIKIT KETAKUTAN, KELAPARAN, KEKURANGAN HARTA, JIWA DAN BUAH-BUAHAN, DAN SAMPAIKANLAH KHABAR GEMBIRA KEPADA ORG-ORG YANG SABAR, (YAITU) ORG-ORG YANG APABILA DITIMPA MUSIBAH, MEREKA BERKATA "INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN (SESUNGGUHNYA KAMI MILIK ALLAH, DAN KEPADA NYA LAH KAMI KEMBALI" - AYAT 155-156, SURAH AL-BAQARAH. 

DOAKU AGAR MEREKA DITEMPATKAN BERSAMA ORG-ORG BERIMAN DAN DIAMPUNI SEGALA DOSA OLEH ALLAH SWT.....AMMEENN.... AKU MENGHARAPKAN SINAR BAHAGIA, SABARLAH HATIKU......AL-FATIHAH.