Wednesday, October 17, 2012

Dr Zakir Naik Jelajah Malaysia 2012 - PWTC 07/10/12


Nota-nota ringkas dari jelajah Dr Zakir Naik oleh Mohd Hanafiah.
Topik : Pandangan Islam Mengenai Keganasan Dan Jihad.

Islam bermksud damai (peace) dan penyembahan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Islam merupakan agama yg mencintai akan kedamaian dan kesejahteraan umat manusia keseluruhannya.
Tetapi media massa kini yang merupakan kuasa terbesar pada abad ini telah memberi gambaran yg salah terhadap agama Islam dan penganutnya. Lambakan buku2 dan artikel2 mengenai salah faham kesucian agama Islam yg dianuti oleh jutaan manusia mula meluas selepas peristiwa 9/11 yg berlaku di Amerika Syarikat. Barat mula memburuk-burukkan agama Islam dan penganutnya. Mereka mengatakan orang Islam adalah seorang yg berfahaman Fundamentalist. Apakah yg dimaksudkan dgn fahaman fundementalisme. Dari segi tafsiran bahasa kamus,seseorg yg fundamentalist ialah org yg sangat tegas berpegang pada ajaran agama.Memang benar kita sebagai umat Islam adalah seorang yg fundamentalist iaituberpegang teguh pada ajaran agama Islam dalam melaksanakan ajaran yg diajar oleh Nabi junjungan Muhammad SAW spertimana yg diperintahkan oleh Allah SWT. Namun Islam tidak membenarkan pegangan yang bersifat ganas/tegas. Pastinya tidak sama seperti yg digambarkan oleh barat. Malahan media massa barat dgn mudah melabelkan org Islam sebagai pelampau dan penganas. Media massa merupakan kuasa besar yg mempengaruhi pemikiran dunia hari ini.
"Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam.Org2 yg telah diberi Kitab tidaklah berselisih,kecuali setelah mereka memperolehi ilmu kerana kedengkian di antara mereka" - Surah 3,Ali-Imran, ayat 19.

Jihad pula bermaksud berjuang atau berusaha seberapa daya dari kejahatan kepada kebaikan. Sebagai contoh seorang yg bertungkus lumus utk belajar dlm berjaya dalampeperiksaan sebenarnya dia seorang yg melakukan jihad. Malah segala perbuatan bersifat kearah kebaikan adalah jihad. Sebagain contoh Allah SWT berfirman:
"Dan Kami wajibkan kpd manusia agar (berbuat) kebaikan kpd orgtuanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dgn sesuatu yg engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau patuhi keduanya. Hanya kepadaKu tempat kembalimu, dan akan Aku beritakan kepadamu apa yg telah kamu kerjakan", Surah 29 Al' Ankabut, ayat 8.
Manakala para orientalist menterjemahkan jihad sebagai perang suci (holy war). Namun tidak ada dalam Al-Quran yg menyuruh umat Islam utk berjidah dlm berperang. Peperangan suci (holy war) sebenarnya dimulakan oleh pengikut Kristian sendiri seperti didalam sejarah. Ratusan ribu yg terbunuh ketika era peperangan agama Kristian.

Al-Quran menerangkan "Orang2 yg beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dgn harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya disisi Allah. Mereka itulah org2 yg memperoleh kemenangan"., Surah 9 At-Taubah, ayat 20.

"Barangsiapa diantara kalian melihat sesuatu kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia masih tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman." Hadith 40, Riwayat Muslim.

"Dan jika di antara kaum musyrikin ada yg meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah agar dia dapat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah dia ke tempat yg aman baginya. (demikian) itu kerana sesungguhnya mereka kaum yg tidak mengetahui". Surah 9 At-Taubah, ayat 6.

Konsep jihad adalah meluas dlm kehidupan dan dlm setiap situasi. Dan jihad terbiak pada hari ini ialah jihad Bai Quran (jihad mengikut Al-Quran) kerana Allah SWT telah memberikan penghargaan kpd umat Islam sebagai sebagai sebaik-baik umat. Hari ini menjadi kewajipan umat Islam utk menerangkan keindahan agama Islam kpd golongan bukan Islam. "Dan org2 Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah "Sesungguhnya petinjuk Allah itulah pertunjuk (yg sebenarnya)". Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah". Surah 2 Al-Baqarah, ayat 120.

Adalah menjadi suatu kefarduan umat Islam dalam mengembangkan Islam sepertimana firman Allah SWT :
"Demi masa. Sungguh,manusia berada dalam kerugian, kecuali org2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati utk kebenaran, dan saling menasihati utk kesabaran". Surah 103 Al-Ashar, ayat 1-3.
Dan Allah SWT mengajar kita cara untuk berdakwah dgn mengajar kebaikan :
"Mereka beriman kpd Allah dan hari akhir, menyuruh (berbuat_ yg makruf, dan mencegah dari yg mungkar dan bersegera (mengerjakan) berbagai kebajikan. Mereka termasuk org2 yg soleh". Surah 3, Ali-Imran,ayat 114.

Musuh-musuh Islam sering memberikan tafsiran yang salah dgn memetik Surah 9 At Taubah, ayat 5 yg bermaksud,"Apabila telah habis bulan2 haram,maka perangilah org2 musyrik di mana saja kamu temui, tangkaplah dan kepunglah mereka...."
Sedangkan ayat ini tidak habis dibaca dari ayat 1 lagi yg menerangkan konteks dalam peperangan saja. Islam mengharamkan pembunuhan ke atas umat manusia. Surah 5 Al-Ma'idah, ayat 32 menerangkan "bahwa barangsiapa membunuh seseorg, bukan kerana org itu membunuh org lain, atau bukan kerana berbuat kerosakan di bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh semua manusia. Sesiapa yg memelihara kehidupan seorg manusia, maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia".

Selepas peristiwa 9/11, dilaporkan lebih 20,000 warga Amerika Syarikat beragama kristian telah memeluk agama Islam dlm tempuh beberapa bulan saja. Dan terbaru umat Islam di seluruh dunia digemparkan dgn kebiadapan penghasilan filem yg menghina junjungan Nabi Muhammad SAW. Pada pendapat saya di antara langkah-langkah yg patut kita sebagai umat Islam patut ambil tindakan ialah :
1. menubuhkan jaringan peguam-peguam Islam yg mewaliki negara2 umat Islam utk mengambil tindakan undang2 terhadap sebarang bentuk penghinaa ke atas agama Islam melalui mahkamah antarabangsa,
2. wakil2 dari nega Islam berjumpa dan mengatakan bantahan kepada sidang antarabangsa,
3. menyekat/halang barangan produk keluaran dari negara2 yg terlibat dalam isu penghinaan kepada umat Islam dan agama Islam,
4. mengadakan himpunan aman besar-besaran di selurh dunia sebagai membantah tindakan biadap ini.

Sekian terima kasih.


Monday, August 27, 2012

KENAPA? WHY? WHY? WHY?

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Why? Why? Why? Pernah tak terungkap ayat nie dari mulut kita? Tentu banyak kali kan sampai tak terhitung jumlahnya. Aku nak berkongsi skit la pasal isu nie sebagai pengkongsian ilmu dan juga peringatan untuk diri sendiri. Aku teringat akan sebuah kisah/tazkirah daripada Ust. Badrul yang pernah dating ke masjid kawasan aku suatu masa dulu. Kata beliau yang kita nie manusia tak habis-habis menyalahkan pihak lain atau dalam ertikata mempersoalkan kenapa sesuatu perkara berlaku tanpa kehendak kita. “Kenapa la aku tak senang-senang lagi. Siang malam aku kerja tapi tak mewah lagi?”, “Kenapa aku asyik sakit aje tak sembuh-sembuh nie. Dah banyak tempat aku pergi berubat takkan tak ok lagi?”, “Kenapa keluarga aku berpecah-belah. Kan aku dah buat segalanya bagi diaorang?” Dan macam-macam lagi la persoalan yang kita sering pertikaikan.…….. kenapa ……… kenapa….kenapa……why? why? Why?
Kata Ustaz Badrul, JAWAPANNYA SENANG AJER………WHY NOT!  KENAPA TIDAK! Bukan kuasa mutlak seorang insan yang bernama manusia untuk mendapat apa yang ia hajati. Kita dituntut untuk berusaha dan seterusnya berdoa dan bertawakal. Akhir pemberian atau penolakan sesuatu perkara itu adalah hak mutlak Allah SWT. Aku ketawa mendengar jawapan si ustaz, tapi memang benar apa yang dia katakana. Tak percaya ataupun kita tak mahu percaya……….
“Apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan-Nya maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya setelah itu. Dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.” – Ayat 2, Surah Ke-35 Fatir.
Bahkan apa saja perkara yang menimpa kita samada kita sukai ataupun tidak adalah sebagai ujian daripada Allah SWT. Dan agar kita menjadi insan yang bersabar dan bersyukur.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak di uji ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." – Ayat 2-3, Surah ke-29 Al-Ankabut .
“Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, “Sesungguhnya aku diberi nikmay ini hanyalah kerana kepintaranku.” Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” – Ayat 49, Surah Ke-39 Az-Zumar.
“Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasinya (bagi siapa yang Dia kehendaki)? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdpat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.” – Ayat 52, Surah ke-39 Az Zumar. 
Dan kesimpulannya kita akan sentiasa diuji oleh Allah SWT dan kita dituntut untuk bersabar dengan ujian-Nya. Janganlah asyik mempersoalkan mengapa atau kenapa sesuatu ujian itu berlaku kepada kita. Dan janganlah pula kita menyalahkan orang lai ataupun yang Maha Pencipta.
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."- Ayat 286, Surah ke-2 Al-Baqarah.
Bahkan Allah SWT amat menyintai insan-insan yang bersabar menghadapi ujianNya.  FirmanNya, “Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak (menjadi) lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan  tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai  orang-orang yang sabar.” – Ayat 146, Surah ke-3 Ali Imran.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi.
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."- Ayat 12, Surah ke-12 Yusuf.
Moga-moga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT. Harap-harap artikel nie sedikit sebanyak menjadi pengkongsian ilmu dan peringatan bagi kita semua. Yang lemah itu dari saya sendiri dan yang benar itu dari Allah SWT. Salam syawal. Alamak aiii.....duit raya dah nak habis nie..........

Sunday, August 26, 2012

APABILA IMAN LEMAH

SEKADAR PENGKONGSIAN ILMU.
Salam Aidilfitri buat semua. Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan selama ini. Syawal tahun ini agak biasa aje tapi tetap meriah dengan kunjungan keluarga yang tercinta dan sahabat handai. So, kita syok la raya tahun ni, walaupun budget agak ciput….hahahaha……Belek punya belek aku terjumpa satu artikel yang agak best untuk dikongsi bersama. Aku tak ingat kat blog mana aku terjumpa artikel nie. Agak sudden aku termanggu gak bila membaca, yealah sejak sibuk nie jarang sangat aku membaca. So, marilah sama-sama kita mengambil ilmu yang amat berguna ini sebagai amalan. Sesungguhnya yang kurang itu dari diri saya, dan yang baik itu dari Allah SWT.
APABILA IMAN LEMAH.
APABILA iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada.
Rasulullah sendiri sering berdoa: “Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”. Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesunggunya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada org-org yg khusyuk' - Surah Al-Baqarah : Ayat 45.

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya" - Surah Al-Baqarah, ayat 286.

Doa baginda: “Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu”. Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya: “Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran”.
Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah?
Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.
Kali ini penulis ingin mengingatkan tentang tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:
  1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
  2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
  3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
  4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
  5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
  6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
  7. Berat dalam mengingat Allah.
  8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
  9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
  10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
  11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
  12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain
  13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
  14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
  15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
  16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
  17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
  18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
  19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
  20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.
Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
  1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
  2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
  3. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
  4. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
  5. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
  6. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
  7. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
  8. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
  9. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
  10. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
  11. Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
  12. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
  13. Menginsafi semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.
Wassalam.

Sunday, July 15, 2012

Malu untuk meminta syurga.

Sudah lama aku tidak menukilkan apa-apa berita di dalam blog ni. Mungkin disebabkan oleh kesibukan urusan pejabat seharian dan kengkangan waktu, maka aku tiada kesempatan. Hari ini terdetik dalam benak hati aku ingin membicarakan mengenai “Malu untuk meminta syurga”.
Ha, agar luar biasa lak isu yang ingin aku bawa kali ni. Yealah bersempena datangnya bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Moga-moga perkara ini membawa kita untuk berfikir sejenak dalam mencari keredhaan Allah SWT.
Pernah suatu hari seorang ustaz yang terkenal datang ke masjid tempatku menyampaikan kuliah. Antara tazkirah yang beliau katakan adalah yang manusia ini sifatnya sangat kededut/sombong. Fullstop. Betul kita nie memang dijadikan dengan sifat yang tersebut. Dari segi material pun terserlah apatah lagi dalam beribadah. Bahasa lembutnya kira malu kononnya kot. Memang definisi malu tu banyak tapi aku tertarik nak bawa isu tentang malu kononnya. Aku akui yang kita ni memang kekadangnya malu untuk meminta kepada Allah SWT dalam menjalani kehidupan harian kita. Lebih tepatnya malu untuk meminta syurga Allah SWT. Tak percaya? Selepas solat fardu, berapa kali kita menadahkan tangan memohon akan keampunan Allah SWT? Setiap kali menaiki kenderaan, berapa kali kita memohon keselamatan & mengharapkan kasih saying Allah SWT? Setiap kali berjaya melakukan sesuatu perkerjaan, berapa kali kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT?
Dan banyak lagi perkara-perkara dalam kehidupan harian kita, cuba intai-intai berapa kali lidah kita mengucapkan doa dan hati kita luntur sebagai hamba memohon kepada-Nya. Apa saja yang kita pohonkan ‘ultimate’ pengharapan adalah satu matlamat saja iaitu mencari syurga Allah SWT. Malu kita kekadang patut bertempat tapi kalau malu untuk meminta syurga Allah SWT, apa guna kita nie? Kalau berasa malu sangat janganlah mengharapkan syurga Alllah SWT.
“Tetapi mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan kerendahan hati ketika siksaan Kami datang menimpa mereka? Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan setan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan.” Surah ke 6 Al-An’am, ayat 43.
“Adapun org-org yang beriman dan mengerjakan kebajikan, Allah akan menyempurnakan pahala bagi mereka dan menambah sebagian dari kurnia-Nya. Sedangkan org-orh yang enggan (menyembah Allah) dan menyombongkan diri,  maka Alalh mengazab mereka dengan azab yang pedih. Dan mereka tidak akan mendapatkan pelindingan dan penolong selain Allah”, Surah ke 5 Al Ma’idah, ayat 173.
Tak yah la kita nak sombong atau malu sangat mengharapkan kurniaan dari sang pencipta yang bersifat Ar Rahman dan Ar Rahim. Amatlah rugi kalau kita tak mendapat kurniaan Allah SWT apatah lagi kalau tidak mendapat syurga-Nya. 
“Dan pada hari kiamat engkau akan melihat org-org yang berbuat dusta terhadap Allah, wajahnya menghitam. Bukankah neraka jahanam itu tempat tinggal bagi org yang menyombongkan diri?”, Surah ke 39 Az Zumar, ayat 60.
Moga-moga kita semua tidak berasa malu memohon rahmat dan akhir perjalanan kita untuk mendapat syurga Allah SWT. Biar kita malu kepada diri sendiri apabila gagal melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya daripada malu tidak mendapat kurniaan rahmat dari Alalh SWT. Dulu aku pun kira kategori yang agak pemalu gak. Malu nak memohon keampunan Alalh Taalla. Malu nak memohon kurniaan-Nya. Malu nak menyatakan yang aku ni hamba Allah SWT. Alhamdullillah, akhirnya aku sedar yang aku ni serba kekurangan dan kelemahan. Jangan kita rugi di dunia nanti rugi juga di akhirat.  Gunakanlah masa yang ada dalam kehidupan yang tak seberapa nie dengan menjadi hamba-Nya yang sebenar. Perbanyakanlah  menadah tangan memohon kepada-Nya kerana perbuatan itu melambangkan sifat kita sebagai hamba yang lemah dan tiada kuasa melakukan apa2 selain daripada izin-Nya. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan segala yang lemah itu adalah dari diri saya sendiri. Hanya sekadar coretan saja. Selamat menyambut bulan yang penuh rahmat, Ramadhan yang penuh kerberkatan.

Sunday, June 3, 2012

FIKRAH SUDAH LETIH BELAYAR TANPA ARAH.

Fikrah sudah letih belayar tanpa arah.
Aku tertarik membaca sebuah tulisan di blog yang menyatakan bahawa “Fikrah sudah letih belayar tanpa arah”. Setelah habis membaca tulisan di dalam blog itu, aku teringat akan kuliah maghrib di surau tempatku yang mana si Ustaz mengatakan bahawa manusia ini fitrahnya dijadikan untuk menjadi khalifah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Sesuai kejadian manusia itu sendiri, kita dijadikan untuk suka akan kepada pekara-pekara yang baik. Kita suka kepada kecantikan, kesempurnaan, keikhlasan dan semua sifat-sifat yang indah. Lalu Allah SWT menurunkan rasul sebagai contoh dan teladan ikutan untuk kita mencapai apa yang kita sukai itu. Rasullullah SAW sebagai pembawa rahmat untuk segenap alam mengajarkan kita tentang sifat beragama. Iaitu beragama dalam Islam, suatu cara kehidupan yang lengkap dan sempurna. Islam ada dalam aspek berkeluarga, ekonomi, sosial, politik, hiburan dan segalanya yang mengikut fitrah kejadian manusia. Ini semua dirangkumkan dengan kita dituntut untuk mentaati dan mengtauhidkan Allah SWT.
Contoh Si A suka sangat membela haiwan. Kegemaran/hobinya itu membuatkan beliau sanggup menghabiskan masa dan wang untuk membeli dan menjaga haiwan kesukaannya. Tentu saja merasa puas bila melihat haiwan itu sihat dan cantik. Jika hati kita memang dijadikan untuk suka kepada perkara-perkara elok sudah pasti fitrah kita suka kepada kesempurnaan. Maka Islam ada jawapan dan caranya. Kadang-kala manusia suka menggunakan logik akal/fikiran/fikrah nya sendiri untuk mencari kebahagian. “Ada fulus bisa lulus pak”, kata mutawiff aku semasa mengerjakan umrah dulu. Kalau begitu pastinya wang/harta dapat memberi kebahagian. Hmmm....logik juga kalau kita fikirkan. Tapi mengapa orang yang kaya dan mewah hidupnya tidak tenteram? Bukankah wang/harta boleh membeli kebahagian? Tak boleh ke? Mengapa yer?
Atau ada juga yang berfikir, hidup bebas tanpa beragama lebih sesuai. “Bebas aku untuk melakukan semua benda dalam hidup aku selagi mana aku tak langgar undang-undang”, kata seorang lagi kawanku. “Kalau begitu mengapa setiap malam kau mabuk? Runsing ke? Sunyi ke hidup? Pergilah hiburkan hati dengan disko?, tanya aku. “Aku tak tau nak buat apa la” jawapannya pula. La kalau camtu, kebebasan hidup tanpa tujuan/matlamat pasti bercelaru. Ramai yang telah hancur hidup hanya kerana mencari ‘kebahagian’ melalui seks bebas, arak, dadah, wang haram dan sebagainya. Tapi akhir kehidupannya hancur dan binasa. Umpama bahtera yang belayar di lautan, kalau tanpa arah pasti kapal akan hanyut. Begitu juga dengan kehidupan manusia, jika akal/fikiran/fikrah tidak dipandu oleh pedoman dan iman pasti hancur dengan kerosakan. Lihat saja orang yang bebas beragama, bila sudah tiada ketenangan yang dirasai, akhirnya sanggup bunuh diri.
Fikrah kita menuntut akan suatu pedoman, cara hidup dan tatacara mengikut fitrah kejadian manusia. Bukannya mengikut akal fikiran logik yang dipandu oleh hawa nafsu semata-mata.
Firman Allah: “Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk rahmat kepada sekalian alam.” (Al Anbia: 107).

Rasulullah  juga pernah bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia.” (Riwayat Malik).

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung”. (Surah 5, ayat 35).
Firman Allah lagi, “Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti”.(Surah 6, ayat 32).
“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun, tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri”. (surah 10, Ayat 44).
“Alif Lam Ra. (Inilah) Kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi kemudian dijelaskan secara terperinci, (yang diturunkan) dari sisi (Allah) Yang Mahabijaksana, Mahateliti”.(surah 11, ayat 1-3)
-salam sejahtera untuk anda-