Sudah lama aku tidak menukilkan apa-apa berita di dalam blog ni. Mungkin disebabkan oleh kesibukan urusan pejabat seharian dan kengkangan waktu, maka aku tiada kesempatan. Hari ini terdetik dalam benak hati aku ingin membicarakan mengenai “Malu untuk meminta syurga”.
Ha, agar luar biasa lak isu yang ingin aku bawa kali ni. Yealah bersempena datangnya bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Moga-moga perkara ini membawa kita untuk berfikir sejenak dalam mencari keredhaan Allah SWT.
Pernah suatu hari seorang ustaz yang terkenal datang ke masjid tempatku menyampaikan kuliah. Antara tazkirah yang beliau katakan adalah yang manusia ini sifatnya sangat kededut/sombong. Fullstop. Betul kita nie memang dijadikan dengan sifat yang tersebut. Dari segi material pun terserlah apatah lagi dalam beribadah. Bahasa lembutnya kira malu kononnya kot. Memang definisi malu tu banyak tapi aku tertarik nak bawa isu tentang malu kononnya. Aku akui yang kita ni memang kekadangnya malu untuk meminta kepada Allah SWT dalam menjalani kehidupan harian kita. Lebih tepatnya malu untuk meminta syurga Allah SWT. Tak percaya? Selepas solat fardu, berapa kali kita menadahkan tangan memohon akan keampunan Allah SWT? Setiap kali menaiki kenderaan, berapa kali kita memohon keselamatan & mengharapkan kasih saying Allah SWT? Setiap kali berjaya melakukan sesuatu perkerjaan, berapa kali kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT?
Dan banyak lagi perkara-perkara dalam kehidupan harian kita, cuba intai-intai berapa kali lidah kita mengucapkan doa dan hati kita luntur sebagai hamba memohon kepada-Nya. Apa saja yang kita pohonkan ‘ultimate’ pengharapan adalah satu matlamat saja iaitu mencari syurga Allah SWT. Malu kita kekadang patut bertempat tapi kalau malu untuk meminta syurga Allah SWT, apa guna kita nie? Kalau berasa malu sangat janganlah mengharapkan syurga Alllah SWT.
“Tetapi mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan kerendahan hati ketika siksaan Kami datang menimpa mereka? Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan setan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan.” Surah ke 6 Al-An’am, ayat 43.
“Adapun org-org yang beriman dan mengerjakan kebajikan, Allah akan menyempurnakan pahala bagi mereka dan menambah sebagian dari kurnia-Nya. Sedangkan org-orh yang enggan (menyembah Allah) dan menyombongkan diri, maka Alalh mengazab mereka dengan azab yang pedih. Dan mereka tidak akan mendapatkan pelindingan dan penolong selain Allah”, Surah ke 5 Al Ma’idah, ayat 173.
Tak yah la kita nak sombong atau malu sangat mengharapkan kurniaan dari sang pencipta yang bersifat Ar Rahman dan Ar Rahim. Amatlah rugi kalau kita tak mendapat kurniaan Allah SWT apatah lagi kalau tidak mendapat syurga-Nya.
“Dan pada hari kiamat engkau akan melihat org-org yang berbuat dusta terhadap Allah, wajahnya menghitam. Bukankah neraka jahanam itu tempat tinggal bagi org yang menyombongkan diri?”, Surah ke 39 Az Zumar, ayat 60.
Moga-moga kita semua tidak berasa malu memohon rahmat dan akhir perjalanan kita untuk mendapat syurga Allah SWT. Biar kita malu kepada diri sendiri apabila gagal melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya daripada malu tidak mendapat kurniaan rahmat dari Alalh SWT. Dulu aku pun kira kategori yang agak pemalu gak. Malu nak memohon keampunan Alalh Taalla. Malu nak memohon kurniaan-Nya. Malu nak menyatakan yang aku ni hamba Allah SWT. Alhamdullillah, akhirnya aku sedar yang aku ni serba kekurangan dan kelemahan. Jangan kita rugi di dunia nanti rugi juga di akhirat. Gunakanlah masa yang ada dalam kehidupan yang tak seberapa nie dengan menjadi hamba-Nya yang sebenar. Perbanyakanlah menadah tangan memohon kepada-Nya kerana perbuatan itu melambangkan sifat kita sebagai hamba yang lemah dan tiada kuasa melakukan apa2 selain daripada izin-Nya. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan segala yang lemah itu adalah dari diri saya sendiri. Hanya sekadar coretan saja. Selamat menyambut bulan yang penuh rahmat, Ramadhan yang penuh kerberkatan.
No comments:
Post a Comment