Tanggal 30/08/2011 merupakan tarikh bermulanya sambutan Hari Raya Aidilfitri (1 syawal 1432 Hijrah) di Malaysia. Malahan negara-negara jiran yang lain turut meraikan sambutan ini. Setelah sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, seharusnya mengajar/tarbiah untuk kembali ke asal fitrah kejadian kita sebagai hamba Allah SWT.
Tapi apa yang menyedihkan aku, apabila perayaan Aidilfitri ini disambut dengan unsur-unsur bidaah dan maksiat. Hari pertama aku pulang meraikan Aidilfitri, aku berkesempatan menziarahi kubur arwah ayahanda yang tercinta. Sebagai anak yang pulang ke perantauan tidak salah untuk aku menziarahi perkuburannya untuk membersihkan kawasan serta sedekahkan al-Fatihah untuknya. Sebagaimana hadis Rasullullah SAW agar kita menziarahi kubur sebagai mengingati akan kematian yang kelak kita semua tempuhi. Tapi yang mendukacitakan aku sangat pada pagi syawal itu bila melihat :-
(i) khemah/gerai bergerak yang di letakkan di hadapan kawasan perkuburan menjual makanan, minuman dan yang paling bodoh sekali menjual air mawar. Siap ada kain rentang "Mari kita mewangikan kubur". Astagfirullahhalazim, bila pula Islam mengajar kita untuk mewangikan tanah kubur ni? Sikap segelintir peniaga yang ingin mencari keuntungan macam ni dah kira mangarut dan melampau.
(ii) berlakunya percampuran antara lelaki dengan wanita. Mat-mat motor dengan minah-minahnya berhimpun dengan deretan motosikal masing-masing. Yang berkereta pun sama juga. Yang teruna dah macam artis manakala yang dara nya berpakaian, masyaalah menjolok mata. Berbaju kurung dengan belahan sehingga ke paha & alur buah dada sambil selendang menutup separuh rambut jer. Inikah yang nabi suruh kita buat sewaktu menziarahi tanah perkuburan? Aku rasalah kalau kaum keluarga mereka yang telah meninggal dunia boleh berkata-kata, pasti dah kena hambur sumpah seranah diaorang ni semua. Allah, apa nak jadi dengan masyarakat kita ni?
(iii) beramai-ramai membaca al-Quran di sisi kubur dengan suara yang kuat. EH! ada ke amalan seperti ini yang di ajar oleh junjungan besar kita? Bila masa pula kita diminta untuk beramai-ramai membaca surah yassin macam kumpulan nasyid lak?Semakin lama semakin jahil masyarakat kita ni.
(iv) beborak-borak/berbual-bual kosong di tanah perkuburan. Ini satu lagi perangai yang kira biadap. Dahlah berpakaian tidak menutup aurat siap boleh berborak lak kat tanah perkuburan. Yang lalu lalang lak siap boleh join sekali (ahli keluarga yang baru sampai kot). Aku sedih dan geram betul melihat perangai diaorang ni.
Benarlah kata alim ulama yang mana ramai orang Islam yang berpuasa hari ini di bulan Ramadhan (bulan tarbiayah) tetapi mereka gagal untuk kembali kepada fitrah selepas tamat amalan berpuasa. Mereka akan kembali kepada amalan maksiat dan adam resam yang banyak berunsurkan bidaah dan jahil. Bukankah ramadhan itu sepatutnya memberi hidayah dan perubahan dalam diri kita semua untuk menjadi mukmin yang beriman.Semoga Allah SWT sentiasa memberikan hidayah kepada kita agar tidak terjelumus kepada kemaksiatan.
No comments:
Post a Comment