Aku tertarik dgn ulasan seorg ustaz di suatu rancangan tv...kalau tak silap aku tv al-hijrah. Dia berkata, "syukur alhamdullilah kita di lahirkan dalam Islam. Kalau dilahirkan dalam yahudi/nasrani, nauzubillah....". Aku terfikir seketika memang benar kata ustaz itu. Kerana hanya Allah SWT tuhan yg wajib kita sembah dan hanya islam saja agama yang diterima/diredhai oleh tuhan yang menciptakan kita, yang bersifat Rabb.
Tapi aku sedih bila mengenangkan tentang umat islam sendiri. Terutamanya dlm konteks bangsa (merujuk kpd bangsa melayu). Selalunya kita akan berkata yang melayu itu adalah beragama islam dan islam itu adalah berbangsa melayu. Hmmm...pernah dengar tak ungkapan ini? Tiada prejudis dlm artikel aku nie.
Islam bukannya semata-mata utk bangsa melayu, dan ingatlah juga yang melayu tidak semestinya beragama islam. Nabi Muhammad SAW diutuskan menbawa risalah Islam untuk semua umat manusia. Tiada keistimewaan ataupun kelebihan yg nabi bawa utk sesuatu kaum dlm mentauhidkan Allah SWT. Namun, hari ini kita lebih mementingkan akan kaum/bangsa dari agama sendiri. Tak percaya? Jgn tipu, sila baca sejarah negara hari ini (jgn tuding jari pada mana2 pihak yea).
Mengapa perlu mengagungkan bangsa? Hanya kerana kita adalah majoriti yang beragama islam di Malaysia, layakkah kita mendahulukan ke 'bangsaan' dari agama? Mari kita tanya diri bersama-sama:-
1. Berapa ramai org melayu yang masih memegang ajaran agama islam?
2. Berapa ramai org melayu yang masih mempercayai kitabullah & sunnatulrasullah sebagai panduan hidup?
3. Berapa ramai org melayu yang masih mendirikan solat wajib sehari semalam?
4. Berapa ramai org melayu yang masih menunaikan puasa di bulan Ramadhan?
5. Berapa ramai org melayu yang menutup aurat? Dll......
Banyak lagi yang harus kita tanya pada diri sendri sebelum kita berbangga dgn bangsa kita. Bangsa harus selari dgn tuntutan agama. Jgn hanya kerana kita adalah majoriti di negara ini dan beragama Islam maka kita mudah lupa diri. Kita sebenarnya mudah 'terhakis' dari pegangan akidah kerana kita memiliki agama yang suci ini dgn tiada sebarang kepayahan. Sila lihat sekeliling kita. Banyak sungguh permasalahan akhlak yang berlaku.
Kita tidak sehebat mana pun. Pernahkah kita berperang seperti para sahabat Rasullullah SAW dlm memerangi kaum musyrikin hanya untuk terus dlm anutan agama islam? Tentu tidak pernah. Lahir saja terus saja memeluk Islam. Nah, cuba pula tanya kepada rakan2 kita yang dahulunya dilahirkan sebagai bukan islam dan apabila mendapat hidayah, akhirnya memeluk islam. Tanya mereka mengenai Islam. Mereka lebih faham islam dari kita sendiri. Selidikilah kepayahan, cemuhan, penganiyaan serta tentangan keluarga yang mereka hadapi. Tidak hairanlah sekiranya saudara-saudara islam yang baru ini (mualaf) benar-benar menghargai agama islam. Mereka ini memegang ajaran yang suci ini bersungguh-sungguh setelah mungucapkan dua kalimah syahadah. Kadang2 rasa malu kita kepada mereka. Seharusnya kita yang diberikan kelebihan oleh Allah SWT, patut bersyukur dan bersunggug-sungguh dlm memelihara ajaran islam.
Bagi yang sempit fikiran sila jangan komen apa2. Kerana kita harus berlapang dada dan bermuhasabah diri sendiri. Ubat yang paling mujarab adalah yang paling pahit utk kita telan. Dan nasihat yang paling baik utk kita ikuti adalah melalui kritikan yang pedih.
Fikir-fikirkan lah. Syukuri nikmat kerana kita memeluk Islam, dan tunaikanlah kewajipan kita sebagai hamba kepada tuhan segenap alam iaitu ALLAH SWT.
Friday, December 2, 2011
Tuesday, October 18, 2011
MINTANYA BERMACAM-MACAM, TAPI BERMACAM-MACAMKAH AMALAN KEPADA ALLAH SWT.
Aku ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman aku semasa menunaikan umrah kali pertama dahulu. Alhamdullillah, aku diberi kesempatan oleh Allah SWt utk menjejakkan kaki buat kali pertama di tanah suci. Pemergian solo aku kesana memudahkan aku utk bergerak (tanpa menunggu ahli keluarga) dlm ibadah seharian.
Disana aku suka menghimpit ketua mutawif, Ustaz Sahril dan berdailog dengannya bila ada kelapangan. Suatu petang selepas waktu Asar, kami lepak sebentar di perkarangan Hotel Hijjaz (100 meter) dari masjidil haram. So aku pun saja lah bertanya serba-sedikit persoalan agama. Tiba2 Ust. Sahril berkata, "Maaf ya abg (panggilan aku disana), saya ingin bertanya sedikit". Aku pun pantas menjawab,"Ya boleh saja ustaz".
"Abg tidak malukah meminta bermacam-macam pada Allah Taalla?", tanya ustaz. Aku kira terkejut jugak lah dgn soalan dia nie. "Kenapa ustaz berkata demikian?", aku soal dia balik.
"Iyalah, abg kita sebagai hamba-Nya selalu aje berdoa meminta-minta kepada Allah SWT. Minta diberikan kesihatan, isteri yg soleh, anak2 yg soleh dan macam-macam kebaikan. TAPI, adakah ibadah kita juga bermacam-macam kepada-Nya. Tidak malukah kita?", terang ustaz Sahril.
Macam kena panah petir aku masa tu. Terdiam terus tak menjawab. Aku berfikir memang benar apa yang dia katakan tadi. Memang benar kita adalah hamba-Nya yang lemah dan kepada Allah SWT lah tempat kita memohon. Dan sebagai hamba-Nya, semestinya kita harus mempersembahkan ibadah sebagai tanda mensyukuri nikmat-Nya. Lakukan apa yang di suruh-Nya dan meninggalkan apa saja larangan-Nya.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di Dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” – Surah al-Baqarah, ayat 185.
“Dan apabila manusia ditimpa oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali (bertaubat) kepada-Nya, kemudian apabila Dia memberikan rahmat-Nya kpd mereka, tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukan Allah – Surah Ar-Rum, ayat 33.
Dan apabila Kami berikan sesuatu Rahmat kpd manusia, nescaya mereka gembira dgn (rahmat) itu. Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa – Surah Ar-Rum, ayat 36.
Moga2 kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT.

Monday, October 10, 2011
SESAT DI DALAM MASJIDIL HARAM.......YA ALLAH! TAKUTNYA AKU
Tanggal 26/05/2010 merupakan tarikh yang bersejarah dalam hidup aku. Inilah pertama kali aku akan menjejakkan kaki ke tanah suci. Setelah tertangguh niatku untuk menunaikan umrah selama 3 tahun, akhirnya takdir Allah SWT telah memudahkan aku ke sana. Sejak meninggalkan airport KLIA menuju ke Jeddah, aku tak habis-habis mengucapkan syukur kepada-Nya. Pengalaman yang pertama aku lalui apabila kapal terbang Saudi Airline mendarat di Jeddah. Belum sempat turun lagi aku dah menitik air mata tak henti-henti. Rasanya perasaan bercampu-baur lah masa itu. Rasa genbira, bimbang, takut, cuak dan macam2 lagi. Alhamdullillah, akhirnya aku sampai di Madinah. Selama 3 hari aku di sana dapat menunaikan solat di Masjid Nabawi, berdoa di raudah, mengunjungi makam Rasullullah S.A.W dan berziarah sekitar Madinah.
Jeng...Jeng..Jeng...hari ke-3 selepas solat Jumaat, aku dan group meninggalkan kota suci Madinah menuju ke Mekkah Al-Mukaramah. Dengan perasaan gembiranya, group kami bertolak jam 3 petang. Rasanya jam 10 malam, bas kami tiba di kota suci Mekkah. Dengan keadaan yang agak letih & mengantuk kami bergerak ke Masjidil haram dalam keadaan berihram menunaikan umrah. Perasaan masa itu, hanya Allah SWT yang tahu. Alhamdullillah, kira2 jam 2.30 pagi kami selesai menyempurnakan ibadah umrah. Selepas itu, kami pulang secara berkumpulan menuju ke hotel Hijjaz untuk berehat.
Keesokkannya kami di bawa menziarahi tempat2 bersejarah di Mekkah dan sekitar. Ketua mutawif ketika itu, menasihati kami untuk membawa pakaian ihram bagi yang ingin melakukan umrah kali kedua. Kali ini kami bermiqat di Masjid Tanaem (miqat terhampir dari tanah haram). Group kami bergerak seperti biasa pulang ke masjidil haram untuk menunaikan umrah kedua. Aku seperti umrah yang pertama merasa benar2 gembira setelah dapat menyempurnakan rukum-rukun umrah.
Masuk hari ke-3, kami di bawa ke daerah yang dikenali sebagai Hudaibiyah (eh betul ke ejaan nie). Kali ini, bagi yang ingin melakukan umrah maka akan bermiqat di sini pula. Aku tidak ketinggalan untuk turut serta. Kali ini group aku berpecah. Mungkin kerana jumlah jemaah yang agar ramai (musim panas masa tu), jadi pada pusingan tawaf yang ke-3 lagi, semuanya berpecah. Ada yang beriringan dengan mutawif, ada yang dengan ahli keluarga dan ada yang solo. Macam aku gak, jadi solo. Tapi kali ni, aku tak rasa panic sangat kerana aku sudah mula faham akan rukun-rukun, bacaan dan perlakuan dalam melakukan umrah. Terdetik dah rasa bangga (kira bongkak la nie) dalam hati aku. "Tak kisahlah, aku tak ikut group. Aku boleh selesaikan saie pulak lepas nie". Kuasa Allah Taalla mengatasi segalanya. Selesai sahaja ber 'tahalul', aku bergerak perlahan-lahan mencari pintu keluar masjid. Dengan panas terik petang, aku mula berasa lemah sangat. Iyealah dah 3 hari melakukan umrah ditambah lak dengan aktiviti ziarah beberapa hari, aku memang tak cukup rehat. Average tidur di sana kira 3-4 jam saja. Puas aku mencari pintu 'King Aziz Gate' (pintu warna hijau) yang menuju ke dataran hadapan Zam-Zam Tower / Al-Safa Tower, tapi tak jumpa2. Aku kira laluan tu dah jadi laluan hafalan dah. Kiranya pagi, petang dan malam aku mesti lalu kat situ. Kira tak boleh miss la. Tapi aku tak jumpa pintu keluar pun. Terus-terang cakap, aku pucat abis la masa tu. Aku tanya guard pun tak jumpa gak. Percaya tak aku pusing kawasan masjid hampir 3 pusingan. Bagi yang belum ke sana, jarak satu pusingan tu kira cam luas stadium Bukit Jalil kot (maaf aku tak pandai kira jarak). Ya Allah! Aku dah sesat rupanya. Pusing-pusing kat situ gak. Masa tu aku rasa cam nak pengsan pun ada sebab dah letih. Lama aku termenung dalam masjid menatap dataran Kaabah. "Mungkin aku ada salah cakap nie", detik hati aku. Aku terus memanjatkan doa di hadapan Kaabah memohon agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa aku. Aku ini hamba Nya yang penuh dengan dosa serta kesalahan. Kalau ditulis berdakwatkan air laut pun belum tentu habis mencatitkan segala dosa-dosa aku selama ini. Air mata aku bercucuran sambil mulutku tidak putus-putus memohon keampunan-Nya. Habis saja berdoa, aku menoleh kebelakang dan nampak pintu keluar betul-betul di depan mata. Perasaan syukur ketika itu memang tak boleh nak gambarkan. Subhanallah, sememangnya pada-Mu aku memohon dan berserah. Terus aku bergerak menuju ke hotel selepas kejadian itu dengan seribu macam perasaan. Bagi yang skeptik di luar sana dengan membaca kisah aku nie, mungkin menganggap nie semua adalah benda biasa dan secara kebetulan jer. Kira biasalah jemaah sesat kat sana. Tapi kemungkinan juga sebagai pengajaran yang Allah SWT dalam menduga hamba-Nya. Mugkin kisah ini dapat menjadi pengajaran pada semua.Apa2 pun aku yakin yang itu semua adalah dugaan Allah SWT kepada diriku.Moga2 kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT sehingga ke akhir hayat.

Tuesday, October 4, 2011
Derhaka kepada ibu jangan harap rahmat Allah SWT
Aku nak kongsi skit jer tentang suatu kisah nie. Sebenarnya benda nie berlaku kira-kira 4 tahun yang lepas. Tetiba jer nak flash back pula.Juga sebagai renungan bersama.
Kisahnya cam nie. Kalau tak silap aku, berlaku pada suatu petang di bulan Ramadhan. On the way aku nak pulang ke rumah selepas kerja, cam biasalah aku dengan anak sulung aku yang baru berusia 3 tahun masa tu berhenti di bazar ramadhan. Saja la nak bawa ole-ole skit sebagai juadah berbuka puasa. Sedang aku jalan-jalan cari pasal oppss silap cari makan, aku terpaku melihat seorg wanita yang agak berumur lewat 40-an sedang duduk ditepi jalan memegang anak lelakinya yang aku rasa baya anak aku gakla. Wanita tu sedang mengadah tangan meminta sedekah pada org ramai yang tengah sibuk membeli juadah berbuka. Aku terus terpaku melihat mereka berdua.
Tiba-tiba si anak kecil tu berlari kesebuah gerai yang sedang menjual ayam goreng. Si anak kecil tu cuma berdiri di tepi meja gerai sambil matanya melihat ayam-ayam goreng yang tengah dihidang. Daripada perbuatan si anak kecil itu, au faham yang dia teringin sangat menjamah ayam goreng tersebut. Si ibu terus berjalan dan terus memeluk sambil membelai kepala anaknya. Hati aku terdetik, mungkin si ibu sedang memujuk anak kecilnya yang tidak mampu membeli makanan itu. Si anak kecil tu pulak seolah faham pukukan ibunya dan terus meninggalkan gerai tersebut. Ya Allah, cam nak menitik air mata aku melihat mereka berdua. Aku mula berfikir yang seorang ibu sanggup meminta sedekah untuk mencari wang bagi membeli sesuap makanan kepada anaknya, namun sanggupkah seorang anak berbuat demikian kepada ibunya???
Benarlah hadis Rasullallah SAW yang menyebut jika seorang anak dipanggil oleh ibubapanya maka si ibulah yang paling utama sekali.Nabi menegaskan sebanyak 3 kali dalam hadis tersebut. Malah Islam mengajar agar kita sentiasa menghormati ibu bapa kita kerana rahmat Allah SWT bergantung kepada keredhaan ibu bapa. Malah ada pepatah yang menyebut bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu. Maksudnya keampunan Allah SWT bergantung kepada keampunan si ibu.
Persoalan sekarang ini, berapa ramai anak-anak yang lebih mengutamakan ibu bapanya daripada kehendak orang lain. Saban hari akhbar menyiarkan tentang kisah anak-anak derhaka yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka di rumah-rumah org tua. Malah ada yang lebih kurang hajar bila sanggup membunuh serta mencerdekan ibu bapa sendiri. Anak-anak semacam ini jangan harap untuk mencium bau syurga, nerakalah tempatnya.
"Dan Tuhanmu telah memrintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepd ibu bapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engaku mengatakan kepd kedua-duanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya,dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik" - Surah Al-Isra' ayat 23.

Saturday, October 1, 2011
Beras Secupak Takkan Jadi Segantang....Iyea ke???
Pernah tak dengar peribahasa org-org otai semacam nie? Tentu pernahkan, alahai masa kita kat sekolah rendah pun dah belajar maksudnya kan?. Tapi bukan itu yang aku nak katakan kat sini. Tetapi tentang keberkatan rezeki tak kiralah samada secupak ke ataupun segantang.
Istilah beras ni bersamaan dengan duit, wang, harta, RM dan sebagainya. Kalau beras secupak (harta/duit yang sedikit) diperolehi dari sumber yang halal dan diberkati Allah SWt, sudah pasti cukup untuk diri sendiri dan keluarga. Aku teringat akan satu kisah benar yang membuat aku agak terpukul (cam kena hantuk kayu) semasa aku menunaikan umrah dahulu. Hendak dijadikan cerita, group umrah yang aku sertai kali ini kebanyakkannya terdiri daripada kontraktor-kontrakto, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta (kira kategori org-org berwang). Tetapi dalam ramai jemaah tu, aku baru tahu rupanya ada seorang lelaki yang kira pangkat pakcik berusia 60-an merupakan golongan yang kurang berada. Pakcik Ali (bukan nama sebenar) pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Belau datang hanya bersendirian tanpa ditemani oleh ahli keluarganya. Setelah beberapa hari di Makkah, aku sempat bertanya tentang dirinya. Pakcik Ali sebenarnya tinggal di kampung dan mempunyai 5 orang anak. Alhamdullilah, anak-anaknya sudah besar dan mempunyai pekerjaan yang agak hebat kerana berkelulusan universiti semuanya. Jeng...jeng..jeng....mereka sekeluarga hanya dibesarkan daripada hasil titik peluh Pakcik Ali mengayuh basikal setiap hari untuk menjual jagung rebus. Ha!!!Terkejut gak aku dengar cerita dia. Dengan pendapatan yang tak seberapa itulah beliau menyara kehidupan keluarga dan dengan hasil yang sedikit dikumpul itulah beliau membiayai kos menunaikan umrah. Dan setelah pulang ke tanahair, aku terkejut kali kedua apabila melihat muka Pakcik Ali di muka surat khabar. Beliau di anugerahi dengan geran tanah oleh kerajaan negeri untuk mengusahakan tanah pertanian. Benarlah kata orang kalau rezeki sedikit yang diberkati oleh Allah SWT sudah pasti mencukupi. Tetapi kalau rezeki yang banyak melimpah ruah tetapi tidak berkat dan dari sumber yang haram, pasti tidak akan mecukupi.
Jeng....jeng...jeng...kisah kedua pulak. Beras segantang pun belum tentu mencukupi kalau tiada keberkatan-Nya. Ada orang yang hidupnya serba mewah. Tapi sayangnya sentiasa bermasalah. Isteri menderhaka pada suaminya malahan anak-anak pula terlibat dengan gejala sosial. Bila diselidiki, sumber pendapatannya dari sumber yang syubaha dan haram. Jika segantang pun rezeki kemewahannya belum tentu dapat mengecapi kebahagian. Dapatkah dia membeli ketaatan isterinya, dapatkah dia membeli keampunan anak-anaknya dan dapatkah dia membeli kebahagian dunia???? Rezeki yang melimpah ruah jika tidak ada keberkatan dari Allah SWT, sudah pasti tiada gunanya. Hidup dah macam mayat jer tiada guna lagi.
Yang pasti kita kena kembali kepada Allah SWT. Kerana Allah SWT berfirman :
"...Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepadamu, demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras" (Surah Ibrahim: 71).
"Dan Allah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah; Kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian (meliputi tubuh badan mereka), kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat" (Surah An-Nahl: 162).
Moga-moga kita semua mendapat keberkatan dari Nya, insyaallah.

Monday, September 26, 2011
APA ERTINYA KEHIDUPAN KITA?
Pagi ini, aku nak bermadah sikit semoga menjadi ikhtibar bagi diri aku dan semua, insyallah.
Ada sesetengah orang yang terlalu sombong sehingga merasakan dirinya bisa menongkat langit. Ada juga sesetengah orang yang terlalu kikir sehingga merasakan dirinya bisa membeli dunia. Ada pula sesetengah orang yang terlalu jahil sehingga terlalu mengikut tuntutan dunia sehingga tak bisa mengenal yang mana dosa atau yang mana pahala.
Minggu ini saja, aku sudah terima berita-berita yang menyedihkan. Bekas kawan sepejabat aku dahulu yang baru berumur 45 tahun telah meninggal dunia setelah 3 tahun terlantar diserang stroke, jiran setempat aku pula kesedihan diberitakan tentang isterinya yang baru berumur 50 tahun disahkan menghidapi kanser tahap-4 manakala sahabatku pula baru kehilangan ayahnya yang aku kira berusia 60 tahun. Mungkin ini semua kebetulan berlaku tapi bisa menbuatkan aku untuk berfikir sejenak.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di Dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” – Surah al-Baqarah, ayat 185.
Apa sebenarnya matlamat aku hidup di muka bumi ciptaan Allah SWT? Sibuk untuk mencari wang? Sibuk mengejar jawatan tinggi? Sibuk mencari kereta besar? Sibuk mencantikkan rumah? Sibuk dengan hal-hal isteri dan anak-anak? Sibuk bergaul dengan teman-teman? Sibuk betul aku selama ini . Tapi bukankah al-Quran ada menukilkan firman Allah SWT "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali org-org yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya" - Surah At-Tin 95, ayat 4-6. Dan al-Quran juga menerangkan, "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku,"- Surah Az-Zariyat 51, ayat 56."Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahwa Alalh yang menciptakan langit dan bumi adalah Mahakuasa (pula) menciptakan yang serupa dengan mereka, dan Dia telah menetapkan waktu tertentu (mati atau dibangkitkan) bagi mereka, yang tidak diragukan lagi?Maka orang zalim itu tidak menolaknya kecuali dengan kekafiran" - Surah Al-Isra 17, ayat 99.
Bodoh betul aku kerana menyangkakan bahawa kehidupan aku di muka bumi ini semata-mata mencari kenikmatan duniawi. Tak perlu aku memikirkan akan halal dan haram dan sebagainya. Alangkah jahilnya aku selama ini. APA ERTINYA KEHIDUPAN KITA? Kemana akhirnya kehidupan aku nanti? Jika aku tidak terus berfikir akan kejadian aku dan melihat akan ciptaan Allah SWT, pastilah aku termasuk ke dalam golongan org-org yang rugi.
Sebesar jabal Uhud kah pahala aku selama ni? Seluas padang Arafah kah kebajikan yang aku lakukan selama hidup ni? Setinggi langit kah budi pekerti aku sepanjang hidup? Sememangnya aku ini hanyalah hamba-Nya yang kerdil. Sentiasa melalukan salah dan silap, namun aku sentiasa mengharapkan hidayah dan keampunan Illahi.
Buat kawan-kawan yang lain, cuba-cubalah duduk sebentar memikirkan akan kehidupan kita di dunia ini. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan keredhaan-Nya kepada kita semua, insyaallah.

Monday, September 12, 2011
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yang Semakin Terpesong
Tanggal 30/08/2011 merupakan tarikh bermulanya sambutan Hari Raya Aidilfitri (1 syawal 1432 Hijrah) di Malaysia. Malahan negara-negara jiran yang lain turut meraikan sambutan ini. Setelah sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, seharusnya mengajar/tarbiah untuk kembali ke asal fitrah kejadian kita sebagai hamba Allah SWT.
Tapi apa yang menyedihkan aku, apabila perayaan Aidilfitri ini disambut dengan unsur-unsur bidaah dan maksiat. Hari pertama aku pulang meraikan Aidilfitri, aku berkesempatan menziarahi kubur arwah ayahanda yang tercinta. Sebagai anak yang pulang ke perantauan tidak salah untuk aku menziarahi perkuburannya untuk membersihkan kawasan serta sedekahkan al-Fatihah untuknya. Sebagaimana hadis Rasullullah SAW agar kita menziarahi kubur sebagai mengingati akan kematian yang kelak kita semua tempuhi. Tapi yang mendukacitakan aku sangat pada pagi syawal itu bila melihat :-
(i) khemah/gerai bergerak yang di letakkan di hadapan kawasan perkuburan menjual makanan, minuman dan yang paling bodoh sekali menjual air mawar. Siap ada kain rentang "Mari kita mewangikan kubur". Astagfirullahhalazim, bila pula Islam mengajar kita untuk mewangikan tanah kubur ni? Sikap segelintir peniaga yang ingin mencari keuntungan macam ni dah kira mangarut dan melampau.
(ii) berlakunya percampuran antara lelaki dengan wanita. Mat-mat motor dengan minah-minahnya berhimpun dengan deretan motosikal masing-masing. Yang berkereta pun sama juga. Yang teruna dah macam artis manakala yang dara nya berpakaian, masyaalah menjolok mata. Berbaju kurung dengan belahan sehingga ke paha & alur buah dada sambil selendang menutup separuh rambut jer. Inikah yang nabi suruh kita buat sewaktu menziarahi tanah perkuburan? Aku rasalah kalau kaum keluarga mereka yang telah meninggal dunia boleh berkata-kata, pasti dah kena hambur sumpah seranah diaorang ni semua. Allah, apa nak jadi dengan masyarakat kita ni?
(iii) beramai-ramai membaca al-Quran di sisi kubur dengan suara yang kuat. EH! ada ke amalan seperti ini yang di ajar oleh junjungan besar kita? Bila masa pula kita diminta untuk beramai-ramai membaca surah yassin macam kumpulan nasyid lak?Semakin lama semakin jahil masyarakat kita ni.
(iv) beborak-borak/berbual-bual kosong di tanah perkuburan. Ini satu lagi perangai yang kira biadap. Dahlah berpakaian tidak menutup aurat siap boleh berborak lak kat tanah perkuburan. Yang lalu lalang lak siap boleh join sekali (ahli keluarga yang baru sampai kot). Aku sedih dan geram betul melihat perangai diaorang ni.
Benarlah kata alim ulama yang mana ramai orang Islam yang berpuasa hari ini di bulan Ramadhan (bulan tarbiayah) tetapi mereka gagal untuk kembali kepada fitrah selepas tamat amalan berpuasa. Mereka akan kembali kepada amalan maksiat dan adam resam yang banyak berunsurkan bidaah dan jahil. Bukankah ramadhan itu sepatutnya memberi hidayah dan perubahan dalam diri kita semua untuk menjadi mukmin yang beriman.Semoga Allah SWT sentiasa memberikan hidayah kepada kita agar tidak terjelumus kepada kemaksiatan.

Thursday, September 8, 2011
UMRAH KE-2 - PERJALANAN MENCARI KEREDHAAN ILLAHI
Bersama meraikan jemaah berbuka puasa di dalam Masjid Nabawi, Madinah. Syukur aku dapat bersama-sama meraikan jemaah di sana berbuka puasa dengan menikmati buah kurma, minuman susu, halia dan zam-zam. Jika ukuwah kita umat islam seperti ini, sudah pasti yahudi laknatullah dapat kita hancurkan.
Bersama isteri di hadapan masjid Quba. Gembira benar dapat menziarahi kembali masjid yang pertama didirikan atas dasar taqwa di zaman Rasullullah S.A.W.
Bersama-sama bergambar di Jabal Uhud. Lupa nak bawa sunglass tu yang silau mata. Isteri aku yang banyak posing, tak mengapa 1st time bagi dia.
Hari berangkat ke Makkah bermiqat di Masjis Bir Ali. Saat ini perasaan gembira tak dapat untuk di gambarkan. Alhamdullillah.
Saat selesai mengerjakan saie'. Sempat lagi nak bergambar dalam perjalanan pulang ke hotel.
Semakin hari semakin rindu kami untuk mengunjungi Kaabah yang penuh berkat ini. Moga-moga Allah SWT membawa kami kembali, insyaallah.

UMRAH KE-2 BERSAMA ISTERI TERCINTA (APRIL - MAY 2011)
Alhamdullillah, Allah SWT telah memberi kesempatan ke-2 untuk aku menjejakkan kaki ke tanah suci. Kali ini bersama dapat menunaikan umrah dengan isteri tercinta, Masthura. Tanggal 27/4/2011 - 11/5/2011 merupakan pengalaman sangat berharga dalam hidup kami. Alhamdullillah.
Permandangan indah Majsjid Nabawi, Madinah di waktu subuh. Perasaan tenang dan damai pasti dialami oleh mana-mana jemaah yang ke sana.
Menziarahi Nabi S.A.W di hadapan makan baginda. Semoga Allah Taalla memberikan kami peluang untuk mendapat syafaat Rasullullah S.A.W di padang masyhar kelak, amin.
Rasullullah S.A.W bersabda, "Di antara mimbarku sehingga ke makamku adalah raudah (taman-taman syurga)". Kawasan raudah yang berkarpet hijau di dalam Masjid Nabawi, Madinah.

Wednesday, September 7, 2011
PANDUAN UMRAH
Antara tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa di Masjidil Haram ialah:
1. Di Multazam iaitu suatu kawasan antara Hajar Aswad dengan pintu kaabah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah (di tempat polis berdiri).

Masa yang mustajab untuk berdoa ialah setelah pertengahan malam hingga azan Subuh. Di Masjidil Haram azan dikumandangkan sebanyak dua kali. Kali pertama untuk membangunkan penduduk untuk solat malam. Azan kali kedua ialah menandakan masuk waktu subuh. Maka rebutlah peluang untuk berdoa di Multazam pada saat ini. Apakah doa yang paling baik untuk dipohon di sini? Kata Tok Guru saya, pohonlah kepada Allah perlindungan daripada api neraka.
Cara berdoa: Letakkan kedua-dua tapak tangan, pipi kanan, dan dada kiri ke dinding kaabah. Kemudian berdoa.
2. Di belakang Maqam Ibrahim. Waktu mustajab ialah antara azan Subuh dengan solat Subuh. Di sini disarankan kita berdoa untuk mendapat kebahagian keluarga dan untuk kesembuhan penyakit.
3. Di Belakang Telaga Zam-Zam iaitu kira-kira 7.5 meter kekiri dari 8 saf di belakang maqam Ibrahim. Sehingga pertengahan tahun 90an para jemaah boleh memasuki kawasan telaga zam-zam ini dengan menuruni tangga yang berasingan untuk lelaki dan wanita. Sekarang ini pintu masuk ke kawasan telaga zam-zam telah ditutup untuk meluaskan lagi ruang tawaf / solat. Namun kawasan telaga sekarang ini ditandai dengan sekeping marmar 4 segi selebar 1/2 meter dan berbingkai besi bewarna timah.
Masa berdoa di sini ialah pada bila-bila masa sahaja. Usahakan berdoa di sini pada waktu jemaah kurang sesak (agak lapang) iaitu di sekitar jam 10.00 pagi atau 2.00 petang. Di sini disarankan kita berdoa agar Allah s.w.t. melimpahkan ilmu kepada kita. Agar kita mudah menerima ilmu yang bermanfaat. Adalah sangat elok jika sebelum berdoa kita minum air zam-zam dan selepas itu berdoa seperti yang dilakukan oleh Ibnu Abbas.
Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
4. Di Hijir Ismail dan di bawah pancuran emas. Waktu mustajab berdoa ialah di antara selepas Asar dan azan Maghrib. Di sini elok berdoa untuk mendapat kemurahan rezeki di samping kita bersifat qonaah iaitu rasa cukup ke atas rezeki yang Allah kurniakan. Juga di sini sangat elok berdoa untuk mendapat zuriat.
5. 2 meter sebelum rukun Yamani – bertentangan dengan multazam dipanggil Mustajaru ajair. Di sini juga mustajab untuk berdoa. Di sini kita boleh berdoa pada bila-bila masa. Antara doa yang baik di sini ialah agar orang yang berhutang kepada kita membayar hutang.
Kaedah berdoa di sini ialah dengan meletakkan tapak tangan kanan di dinding kaabah dan berdoa.
6. Di Rukun Yamani sebab dikatakan di sini Allah s.w.t. mewakilkan seramai 70 orang malaikat untuk mengaminkan apa yang kita doa. Jadi arah rukun Yamani adalah antara tempat yang paling mulia di Masjidil Haram.
7. Di hadapan pintu kaabah pada bila-bila masa.
8. Tempat sujud Jibrail dan Nabi s.a.w. ketika Jibril mengajar Nabi solat lima waktu. Satu meter ke kanan dari pintu kaabah. Tempat ini ditandai dengan ceramik bewarna coklat pada syazarwan sebanyak 7 keping.
9. Tempat asal Hajar Aswad (melekat ke dinding kaabah)- 3 meter dari tempat sujud Jibril, ditandai dengan marmar bewarna cream di syazarwan. Di atas marmar tersebut terdapat tulisan ayat kursi versi tulisan arab lama (tidak ada titik).
MENYAMBUT HARI LAHIR DI MAKKAH (MAY - JUNE 2010)
Mengembara sebagai seorang musafir dalam mencari keredhaan Allah SWT. Di hadapan Masjidil Haram, Makkah ketika tanggal 03/06/2010 bersamaan usiaku yang ke-34.
Bermiqat di Masjid Aiysah/Tanaeem untuk menunaikan umrah. Rasanya ini umrah yang ke-3, kepala dah botak pun.
Bersama teman bermusafir dari Terengganu, En Gadafi di Bukit Uhud. Sesungguhnya bukit ini menjadi saksi akan keimanan para sahabat berjuang bersama Rasullullah S.A.W memerangi tentera musyrik Makkah. Semoga kita mengambil ikhtibar dari sejarah ini.
Alhamdullilah kerana di mudahkan Allah SWT utk beribadat kepadaNya.
Permandangan indah sepanjang hidupku menatap perkarangan Masjidil Haram, Makkah. Moga hati ini sentiasa di sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)